Ku Nan mohon maaf ‘olok-olok’ agar rakyat dapat maafkan BN

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Tengku Adnan Mansor dianggap hanya memberi permohonan maaf olok-olok untuk mengaburi rakyat agar dapat melupakan segala kesilapan yang dilakukan Barisan Nasional (BN).

Ku Nan mohon maaf  ‘olok-olok’ agar rakyat dapat maafkan BN

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Tengku Adnan Mansor dianggap hanya memberi permohonan maaf olok-olok untuk mengaburi rakyat agar dapat melupakan segala kesilapan yang dilakukan Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno itu, gagal memberi penjelasan tentang langkah-langkah yang diambil BN untuk membetulkan kesilapan di lakukan yang dianggap sebagai ‘dosa’ kepada rakyat.

“Permohonan maaf secara olok-olok bagi pihak BN dengan harapan supaya orang ramai dapat melupakan dan memaafkan segala kesilapan lampau parti kleptokrat terbabit.

“Tetapi, Ku Nan langsung tidak berani mengakui apakah dosa-dosa yang telah dikerjakan BN. Beliau malah gagal memberi penjelasan tentang langkah-langkah yang diambil partinya untuk membersihkan dosa-dosa itu,” ujarnya dalam kennyataan hari ini.

Semalam Tengku Adnan mengakui kerajaan BN bukanlah sempurna dan bersedia untuk mengubah kesilapan yang pernah dilakukan.

Beliau berkata demikian diadakan 100 pengundi di kawasan Kepong dan Segambut ketika merasmikan Bulatan Mergastua di Kepong yang bernilai RM23.38 juta.

Dengan kenyataan Tengku Adnan itu beliau Lip Eng turut mempersoalkan pelantikan Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai perdana menteri oleh kerajaan BN sejak dua penggal lalu.

“Adakah pelantikan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri merupakan kesilapan terbesar BN? Adakah tindakan BN membiarkan Najib terus menjadi PM selepas skandal 1MDB didedahkan pada Julai 2015 kesilapan kedua terbesar yang dibuat oleh BN? Apa pula langkah-langkah yang diambil BN untuk memperbetulkan kedua-dua kesilapan ini?

“Kalau perkara ini bukan kesilapan, cuba Setiausaha Agung Umno itu jelaskan kepada rakyat apakah salah silap BN yang dimaksudkannya tempoh hari,” ujarnya.

Kata Lip Eng lagi, BN terus mencengkam kuasa kerajaan persekutuan sejak 44 tahun yang lalu dengan memenangi sepuluh pilihanraya umum sejak tahun 1974. Ekonomi negara dan nilai ringgit terus jatuh menjunam, manakala Najib dipilih sebagai menteri kewangan paling teruk di Asia oleh majalah FinanceAsia.

Berapa banyak lagi kesilapan dan skandal yang telah dan akan dibuat oleh BN? soalnya lagi.

“Adakah BN benar-benar mengharap bahawa rakyat akan memberi tempoh selama 44 tahun lagi untuk berubah? Sudah-sudah lah tu. Pilihanraya Umum tidak lama lagi adalah masa yang paling sesuai untuk BN berubah – berubah menjadi parti pembangkang,” ujarnya.