Ku Nan, Rosmah didakwa di mahkamah Kuala Lumpur hari ini

Ku Nan, Rosmah didakwa di mahkamah Kuala Lumpur hari ini
Rosmah dan Ku Nan dibawa ke kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dibawa oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Komplek Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini bagi menghadapi tuduhan berkaitan penjualan tanah DBKL.

Tengku Adnan, atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, ditahan semalam dan akan dikenakan pertuduhan berkaitan urus niaga tanah bernilai RM5.63 bilion melibatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Ku Nan dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM semalam dan dimaklumkan beliau akan didakwa hari ini.

Ahli Parlimen Putrajaya itu bermalam di pejabat SPRM semalam sebelum di bawa ke mahkamah hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad sebelum ini telah menubuhkan satu Task Force untuk menyiasat mengenai transaksi penjualan tanah DBKL yang meragukan.

Hasil rundingan semula, DBKL telah berjaya mendapat tambahan RM149 juta selepas transaksi itu dirundingkan semula dengan pemaju.

Turut serta dalam perundingan itu adalah pegawai dari Jabatan Peguam Negara manakala satu salinan laporan penuh kajian Task Force itu diserahkan kepada SPRM.

Sejak sebelum PRU 14 lagi, SPRM telah menerima laporan kes penjualan tanah DBKL itu.

Loading...

ROSMAH TURUT DIDAKWA

Di mahkamah Kuala Lumpur hari ini juga, turut didakwa adalah isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Rosmah tiba di mahkamah 10 selepas Ku Nan tiba.

Ini adalah kali kedua Rosmah dihadapkan ke mahkamah selepas sebelumnya didakwa dengan 17 pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai.

Rosmah tiba kira-kira jam 2.05 petang menaiki Proton Perdana berwarna hitam diiringi oleh suaminya, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga pernah didakwa atas kesalahan berkaitan urus niaga 1Malaysia Development Berhad (1MDB).