Kuala Kangsar Aku Datang

Kuala Kangsar Aku Datang

Masjid Ubudiah

Kuala Kangsar, aku datang ke kotamu

Di tengah cuaca cerah

Kota gemilang dipagari dengan setianya

Oleh Bukit Larut dan Bukit Gantang

Masjid Ubudiyah yang bersejarah

Dan Istana Bukit Chandan yang indah.

 

Aku datang ke tengah

Jantung hatimu, menebarkan warna oren

Yang dibawa oleh Amanah

Sebuah parti politik bernuansa Islam

Membawa kasih sayang dan peduli rakyat

Membawa mawar merah harum semerbak.

 

Parti Amanah tidak berjanji membawa syurga

Ke bumi bertuah ini

Tidak juga tinggi gunung seribu janji

Yang hanya kata-kata

Tapi menjanjikan sebuah pembelaan

Dan khidmat kepada penduduknya.

 

Tentunya Bukit Larut dan Bukit Gantang

Akan menjadi saksi hasrat ini.

 

Kuala Kangsar

Aku terkenang ramai tamah pendudukmu

Pilihan raya kecil ini menemukan kita semuanya

Parti Amanah dan rakyat berpisah tiiada

Semoga menjadi jambatan mesra

Yang erat dan abadi.

 

 

Abd Shukur Harun

Subang Jaya, 28 Mei 2016

 

 

TAGS