Malaysia Dateline

Kuasa lemah, bagaimana mahu membela umat Islam Palestin

Aidilfitri tahun ini merupakan raya yang diisi penuh kepiluan disebabkan pandemik COVID 19 dan juga penderitaan perit rakyat Palestin yang terus menerus dizalimi oleh rejim Israel laknatullah.

2. Kita menanggung kesengsaraan berkurung sambil berada di samping keluarga sendiri dihalaman rumah dan kampung sendiri. Tetapi mari ah kita merenung sejenak perintah berkurung dan sekatan pergerakan ratusan kali lagi teruk dan puluhan tahun lama di kenakan ke atas rakyat Palestin di Baitul Maqdis dan Gaza oleh rejim zionis Israel.

3. Tindakan merampas tanah serta rumah rakyat Palestin di Sheikh Jarrah di bulan Ramadan telah membangkit kemarahan seluruh umat Islam dan bukan Islam bukan hanya di Palestin tetapi seluruh dunia.

4. Tidak cukup dengan tindakan itu pihak Israel memasuki Masjid Al Aqsa menyerang umat Islam yang sedang beribadah di sepuluh malam terakhir Ramadhan dengan serangan peluru getah, gas pemedih mata serta ‘shock grenade’.

5. Kami dari AMANAH bersama dengan MAPIM dan beberapa NGO lain telah cuba menyampaikan memo bantahan kepada kedutaan Amerika Syarikat jumaat lepas tetapi telah dibatalkan mereka pada saat saat terakhir.

6. Tiada tindakan yang cukup tegas atau vokal yang meyakinkan kita dari kerajaan MELAYU ISLAM PN yang jauh berbeza sikap lebih lantang Kerajaan Malaysia sebelum pada ini seperti di tahun 80an dan 90an dahulu

7. Sikap lembut berjinak dengan Israel seperti diambil Emirah Arab Bersatu UAE, Arab Saudi dan Mesir didokongi kerajaan Melayu Islam hari ini.

8. Saluran TV rasmi kerajaan RTM juga tergamak memanggil pejuang Palestin sebagai “militan” dan bukan pejuang kebebasan. Pemikiran jabatan kerajaan Malaysia pun telah mula mencerminkan cara pemikiran Yahudi.

9.Malaysia kelihatan begitu cenderong mengikut jejak UAE menarik pelaburan dan perniagaan Israel yang telah membawa pembangunan pesat di Dubai.

10. Apa tidaknya, setelah Malaysia membenarkan pegawai Israel masuk Malaysia menyertai konvensyen, membeli alat perisikan dari Israel dan Malaysia menyertai serta aktif mepromosi EXPO Dubai tahun ini yang turut disertai Israel. Keuntungan dunia telah diutamakan dari keuntungan pahala jihad akhirat pembelaan umat Islam Palestin yang tertindas, oleh kerajaan Melayu Islam yang di sertai Pas yang kononnya memperjuangkan Islam.

11. Kuasa ditangan bukan untuk membela Islam tetapi untuk keuntungan perniagaan duniawi.

12. Malaysia melantik Presiden PAS sebagai Duta Khas Timur Tengah bertaraf menteri diantara 70 menteri-menteri lain.

13. Anehnya Duta Khas kita tampil di poster pentas program online DEMONSTRASI memprotes peristiwa di Palestin apabila beliau sepatutnya boleh bertindak sebagai duta khas menjelajah negara Timur Tengah seperti UAE, Arab Saudi dan Mesir melobi negara negara Islam Arab untuk mendesak Amerika Syarikat bantah tindak tanduk Israel.

14. Agak amat luar biasa seorang DUTA bertaraf Menteri muncul di program bertaraf DEMONSTRASI !

15. Apa gunanya kuasa dan kedudukan seorang Duta bertaraf menteri jika perlu muncul di program Demonstrasi? Pas sebagai sebahagian dari kerajaan PN perlu jawab persoalan ini!

16. Malahan timbalan Presiden Pas, seorang lagi menteri penuh, juga muncul diposter demonstrasi tersebut.

17. Adakah suara dua ‘Menteri’ Pas ini tidak didengar pakai oleh Kerajaan PN Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat hingga mereka perlu ber’demonstrasi’ di alam maya?

18. Di poster demonstrasi tersebut tidak kelihatan pula Timbalan Menteri MOSTI, Ahmad Amzad Hashim, yang begitu aktif dan bersemangat mempromosikan EXPO Dubai yang di sertai ISRAEL. Beliau telah membawa promosi tersebut ke bumi Terengganu Darul Iman dengan mendirikan billboard gergasi.

19. Beliau lah satu satunya Timbalan Menteri Pas yang “bijak” menggunakan kedudukan dalam kerajaan untuk menjinakan rakyat Malaysia untuk menyertai EXPO Dubai bersama Zionis Israel, walau pun Palestin telah menarik diri, yang kini menjadi dominan dalam ekonomi Dubai.

20. Inilah satu-satunya contoh tokoh Pas yang kini amat “progresif” dan dinamik mengejar perniagaan antarabangsa duniawi dan rela mengenepikan nasib Palestin yang terus dibunuh dan dizalimi Israel laknatullah.

21. Sebelum menjadi kerajaan mereka berikrar untuk menggunakan kuasa untuk membela Islam yang terancam.

22. Apabila memiliki kedudukan dan kuasa, bukan hanya yang terancam tidak dibela, Masjid Al Aqsa yang telah dicerobohi dan rakyat Palestin yang lama diusir serta dibunuh tetapi tiada kesungguhan Kerajaan Melayu Islam membuat pembelaan yang sepatutnya setaraf dengan kuasa yang ada.

23. Duta Khas ke Timur Tengah masih belum lagi bertolak atau menghubungi negara negara Arab untuk melobi pembelaan Masjidil Al Aqsa dan umat Palestin, tetapi Menteri kanan Ekonomi telah lama menjelajah timur tengah mempromosi perniagaan demi wang ringgit bagi keuntungan duniawi kerajaan Melayu Islam Malaysia.

24. Apa guna kuasa dimiliki jika ianya bukan untuk membela Islam yang terancam dan membela Al Aqsa masjid ketiga paling mulia disisi Islam?


Penulis adalah Pengerusi PH Terengganu.