Kuasa mutlak yang berpusat di tangan pemerintah

Kuasa mutlak yang berpusat di tangan pemerintah

Isu 1 MDB sekali lagi mengempar dunia dengan pendedahan Sarawak Report laporan “sulit” PAC- Jawatankuasa Kira kira Wang Negara, yang mengandungi komen kritikal Ketua Audit Negara.

Lapuran PAC tersebut yang telah di letak di bawah Akta Rahsia Rasmi- OSA, menjadi tumpuan dan minat dunia.

Kerajaan mengatakan Sarawak Report memfitnahnya, tetapi apabila pengasas Sarawak Report-SR, Clare Brown dari dahulu lagi menggesa kerajaan menyaman mereka, kerajaan tidak berbuat demikian.

Amat aneh sikap Kerajaan Datuk Seri Najib Razak.

Saya bersetuju dengan gesaan Datuk Husam Musa supaya Majlis Raja Raja Melayu meminta Kerajaan membentang lapuran PAC bersama lapuran Ketua Audit Negara tentang 1 MDM kepada Majlis Raja Raja Melayu.

Pakar Undang undang dan Perlembagaan Profesor Aziz Bari berpendapat Majlis Raja Raja berhak mengeluarkan arahan tersebut.

Lagi pun Kerajaan telah diminta oleh Majlis Raja Raja sejak tahun lepas lagi untuk menyelesaikan isu 1 MDB.

Malangnya Kerajaan tidak menghormati titah tersebut dan Datuk Najib di fahamkan telah tidak hadhir dua mesyuarat terakhir Majlis Raja Raja.

Adakah Dato Najib cuba mengelak dari berhadapan Raja Raja Melayu tentang isu 1 MDB ini ?

Amat malang dan satu trajedi besar Akta Rahsia Rasmi- OSA, telah di gunakan untuk menutup skandal besar 1MDB dan mengugut rakyat biasa dengan hukuman penjara kalau mengeluarkan rahsia kes tersebut.

Adakah Datuk Najib boleh menggunakan peruntukan OSA ke atas DYMM Yang Di Pertuan Agong dan Majlis Raja Raja yang berhak atas maklumat 1MDB mengikut Perlembagaan Malaysia saperti pendapat pakar perundangan?

Oleh itu DYMM Yang Di Pertuan Agong dan Majlis Raja Raja sahajalah menjadi harapan rakyat untuk mengatasi kemelut dan misteri hutang 1MDB ini yang akan membebankan kita sehingga anak, cucu dan cicit kita.

Dari segi adab, Dato Najib telah tidak menghormati langsung pandangan dan teguran Majlis Raja Raja Melayu kita dengan tidak mengambil tindakan atas gesaan mereka dalam isu 1MDB dan juga isu pengisytiharaan darurat melalui akta MKN- Majlis Keselamatan Negara.

Akta MKN tersebut akan merampas semua kuasa pengistiharaan darurat dari Agong dan gesaan Majlis Raja Raja untuk menghalusi akta tersebut tidak diberi perhatian langsung.

Adakah ini selaras dengan perjuangan sebuah Parti Melayu-Islam-UMNO yang konon nya akan mempertahankan kedudukan dan kuasa Raja Raja Melayu ?

Suara rakyat biasa dan ahli politik pembangkang telah lama di tekan dan di lenyapkan dengan berbagai akta saperti OSA, POTA, POCA dan Akta Hasutan.

Peguam Negara, Ketua SPRM dan Pegawai Special Branch yang cuba menjalankan tugas mereka telah di tamatkan khidmat mereka.

Badan ke Hakiman telah menjadi satu persoalan oleih rakyat.

Yang tinggal hanyalah Majlis Raja Raja Melayu kita walaupun kuasa mereka telah makin terhapus.

Tanpa di sedari oleh ramai rakyat, kita sudah membenarkan hampir semua kuasa mutlak kepada Datuk Najib.

Apabila kuasa mutlak di perolehi oleh saseorang pemerintah, pada hari itu lah kita mesti bersedia menjadi “hamba abdi” dan tidak lagi boleh mengangkat muka atau menyoal apa apa tindakan mereka dengan bermakna.

Berapa lama lagi tinggal sebelum kita sampai ke tahap itu ?

Raja Bahrin Shah Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

COMMENTS

Wordpress (0)