Kuasa pendakwaan sepatutnya diberi kepada SPRM, kata Raja Bahrin

Kuasa pendakwaan sepatutnya diberi kepada SPRM, kata Raja Bahrin

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Bahrin Shah berkata, sepatutnya kuasa mendakwa diberi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengelak pendakwaan secara terpilih oleh Peguam Negara.

Beliau berkata demikian kerana mengimbas satu pertemuannya dengan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang turut bersetuju cadangan itu dan menjadi harapan SPRM.

“Sebelum ini SPRM bertungkus lumus menyediakan laporan siasatan tetapi dikecewakan dengan tindakan kelihatan secara terpilih oleh Peguam Negara dimana banyak kes melibatkan vip tidak di bawa kepada pendakwaan sepatutnya.

“Datuk Dzulkifli Ahmad (Ketua Pesuruhjaya SPRM) yang asalnya merupakan pegawai kanan dari Jabatan Peguam Negara, sebagai ketua SPRM yang baharu, sekarang sudah tentu tahu masalah yang wujud selama ini dan boleh membuat perubahan positif yang berkesan.

“Kalau tidak petukaran beliau ke SPRM tidak akan membawa apa apa pembaharuan positif malahan mungkin akan dilihat melemahkan lagi SPRM dengan bekas pegawai Peguam Negara “menyusup” menerajui SPRM dan bukan pegawai dari dalam SPRM sendiri.

“Selama ini Jabatan Peguam Negara yang dilihat sebagai penghalang banyak pendakwaan hasil siasatan SPRM. Ini akan menjadi persepsi ramai rakyat Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Satu lagi laporan kenyataan oleh Datuk Dzukifli Ahmad menyebut SPRM berhasrat membersihkan Kakitangan perkhidmatan Kerajaan dari rasuah.

“Kami bersetuju dengan saranan tersebut tetapi persoalan nya kenapa hanya ditujukan hanya kepada pegawai khidmat kerajaan sahaja dan bukan kepada kerajaan keseluruhannya?

“Ahli ahli politik kerajaan yang meluluskan undang undang memikul tanggung jawap yang lebih besar. Tidak kah kerajaan hari ini mengamalkan lagi konsep kepimpinan melalui tauladan?

“Ahli politik Kerajaan di Parlimen meluluskan undang undang pengubalan wang haram tetapi kerajaan sendiri melalui 1MDB melanggar undang undang tersebut di Singapura, Switzerkand dan Amerika. 1MDB juga membawa wang rakyat Malaysia ke pusat penggubalan wang haram dan judi Utama dunia di
Caymen Islands.

“Adakah orang paling berkuasa 1MDB, iaitu Malaysian Officer number one, pegawai kerajaan atau ahli politik ?,” soalnya.

Katanya lagi, dalam usaha SPRM dan Jabatan Peguam Negara menangkap mereka yang mengamalkan rasuah hendaklah menggunakan pukat tunda yang kukuh supaya ikan kecil dan besar semuanya di tangkap.

“Masalahnya hari ini pukat yang di gunakan terlalu rapuh. Hanya ikan kecil yang lemah ditangkap sementara yang besar terlalu gagah lalu bolos dan bebas berenang sehingga sampai ke Singapura, Switzerland dan Amerika hingga boleh tinggal di pangsapuri mewah disana. Ikan dikatakan mula burok dan busuk dari kepalanya, hingga sampai ke ekornya. Buruk kepala buruklah badannya.

“Buruk ketua buruklah pengikutnya. Itulah kepimpinan melalui tauladan yang kita lihat hari ini di Malaysia,” ujarnya.