Malaysia Dateline

Kuasa politik bukan hak autonomi orang politik, kata Pengerusi MDN

Pemimpin politik di negara ini diminta supaya menginsafi bahawa kuasa politik bukan hak autonomi orang politik semata-mata. kata Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) Datuk Prof Emeritus Mahmood Zuhdi Abdul Majid.

Beliau berkata, politik dalam negara ini adalah politik rakyat dan pemimpin politik perlu bertindak mencerminkan kehendak majoriti rakyat.

“Saya dengan rendah hati meminta kepada rakan politik dan orang politik bahawa politik bukan hak autonomi semata-mata.

“Politik bukan kepunyaan orang politik. Politik dalam negara ini adalah politik rakyat. Kita perlu bertindak mencerminkan majoriti rakyat.

“Perlu jauhkan diri daripada melahirkan hal-hal yang rakyat menjadi susah,” ujarnya.

Malah katanya majoriti orang Islam dan bukan Islam di negara ini mahukan kehidupan yang aman dan damai.

“Menjadi masalahnya adu domba yang dilakukan orang politik kerana kepentingan diri, kepentingan kumpulan dan kepentingan sebagainya maka ini memberi kesan negatif kepada bangsa dan masyarakat Islam di negara ini,” ujarnya dalam satu kenyataan video yang berdurasi 1 minit 14 saat menerusi kumpulan whatappas MDN.