Kubu Umno di Felda pecah, ketua GPW sertai AMANAH

Kubu Umno pecah apabila Ketua GPW Felda Serting Hilir, Nora Abdul Rahman sertai AMANAH.

AMANAH kini berjaya memecahkan kubu utama Umno iaitu pengundi wanita di kawasan Felda apabila berjaya menarik Ketua GPW Felda Serting Hilir 3, Nora Abd Rahman bersama 23 penerokawati yang lain.

Mereka menyerahkan borang penyertaan ke dalam AMANAH kepada Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Majlis penyerahan borang menyertai AMANAH itu berlangsung di Felda Serting Hilir 13 April semalam.

Kemasukan mereka ke dalam parti pembangkang adalah satu pencapaian besar kerana mereka adalah pengundi BN yang paling sukar untuk dipecahkan.

Dalam PRU 13 lalu, 85% dari pengundi wanita di Felda mengundi Umno dan Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini, Mazlan mensasarkan penurunan 10% pengundi wanita di Felda dari mengundi BN.

“Jika kita berjaya turunkan 10% pengundi wanita Felda ini, kita akan boleh pecahkan penguasaan Umno di Felda,” kata Mazlan sebagaimana dilaporan The Malaysian Insight sebelum ini.

Sebanyak 52 kawasan parlimen di Malaysia mempunyai kawasan Felda yang memberikan sokongan sepenuhnya kepada Umno sebelum ini.

 

8.2
OVERALL SCORE
5 user votes x 9.8