Malaysia Dateline

Kueh raya untuk petugas barisan depan di Parit Buntar

Beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri menandakan tirai Ramadan semakin berlabuh untuk tahun ini.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa menggunakan hari-hari terakhir bulan mulia untuk menyampaikan sumbangan kueh raya kepada petugas barisan hadapan petugas barisan hadapan menghadapi Covid-19 di Parit Buntar

Dr Mujahid berkata, sumbangan itu merupakan simbolik penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan pasukan itu yang menjadi antara barisan hadapan utama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

“Pada hari ini, saya dan kakitangan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar memberi sedikit sumbangan kueh raya kepada pasukan frontliner (barisan hadapan) iaitu PDRM, Bomba dan Hospital Parit Buntar

“Ini sebagai menghargai sumbangan yang diberikan oleh pihak frontliner (barisan hadapan) yang bertungkus lumus memastikan keselamatan dan mengelakkan penularan wabak Covid-19 daripada PKP, PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) dan sekarang kita ada PKPB (Bersyarat) pula,” katanya

Beliau menyifatkan tanggungjawab yang digalas oleh para barisan hadapan pada waktu ini adalah tugas dan jasa yang mulia.

Dr Mujahid berkata, pihaknya turut mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan barisan hadapan negara yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah demi memastikan rantaian Covid-19 dapat diputuskan.

Turut bersama Ahli Parlimen Parit Buntar menyantuni pasukan barisan hadapan ialah Penyelaras Dun Titi Serong , Mohd Adnan Razali dan Penyelaras Dun Kuala Kurau, Hamdan Fadel Ahmad

Sementara itu, Pusat Khidmat Parlimen Rakyat Parlimen Parit Buntar turut mengedarkan sumbangan bungkusan kueh raya kepada penduduk yang memerlukan dalam Parlimen Parit Buntar

Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit Buntar , Hairul Nizam Ishak yang ditemui berkata, sumbangan kueh raya itu dilaksanakan bagi memberi sedikit kegembiraan kepada penerima yang terkesan dengan Covid-19 bagi menyambut hari raya.

“Sepanjang Ramadan tahun ini, pihak kami telah memberikan sumbangan juadah berbuka puasa kepada mereka memerlukan

“Pada minggu terakhir Ramadan, sumbangan kueh raya ini diharap menceriakan penerima yang memerlukan sebagai tanda ingatan dari Ahli Parlimen Parit Buntar,” katanya.