Malaysia Dateline

Kumpulan Scomi cadang langkah korporat untuk perkukuh kedudukan kewangan

Scomi Group Bhd (SGB) bercadang melaksanakan siri langkah korporat, termasuk pengurangan modal saham, penyatuan empat saham untuk satu saham dan hak menerbitkan saham dengan waran, untuk memperkukuh kedudukan kewangannya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan penyelesaian medan minyak dan pengangkutan itu berkata ia mencadangkan untuk mengurangkan modal saham terbitannya daripada RM224.96 juta kepada RM40 juta.

Ini akan meniingkatkan kredit cukai sebanyak RM184.96 juta yang mungkin digunakan untuk menolak kerugian dalam masa terdekat, katanya.

Syarikat itu juga mencadangkan untuk menyatukan setiap empat saham sedia ada di SGB kepada satu saham SGB serta membuat terbitan hak boleh lepas sehingga tiga saham hak dengan satu waran boleh lepas percuma bagi setiap saham yang disatukan.

Pada harga terbitan 18 sen sesaham, cadangan panggilan tunai ini akan mengumpulkan antara RM75.59 juta dan RM214 juta, kata SGB.

Di bawah senario minimum, bahagian terbesar hasil itu akan digunakan untuk pembayaran pendahuluan daripada anak syarikat 65.65 peratus milik Scomi Energy Services Bhd dan penyelesaian tunai sebanyak RM23 juta kepada Maybank. Tambahan sebanyak RM15 juta daripada jumlah penyelesaian akan dibayar dengan menerbitkan saham gabungan SGB kepada bank.

Jika senario maksimum dicapai, SGB akan memperuntukkan bahagian terbesar – RM104.43 juta – untuk modal kerja. SGB jangka cadangan itu akan selesai pada separuh kedua tahun ini Saham syarikat turun 1 sen untuk ditutup pada 7.5 sen semalam.– BERNAMA