Kunjungan Pakatan Harapan ke Broga disambut meriah penduduk

Kunjungan Pakatan Harapan ke Broga disambut meriah penduduk

Program dari rumah ke rumah bertemu penduduk Broga sempena sambutan tahun baru Cina pada Rabu lalu.

AMANAH Hulu Langat berkesempatan mengadakan program dari rumah ke rumah di Kg Baru Tarun Broga untuk beramah mesra dengan penduduk kampung berbangsa Tionghua disamping mengedar buah limau Mandarin serta kad ucapan Tahun Baru Cina.

Program yang diadakan pada Rabu lalu disertai Penyelaras Pusat Peduli Rakyat Parlimen Hulu Langat Hasanuddin Mohd Yunus; Penyelaras Pusat Peduli Rakyat Dun Semenyih Jamzuri Ardani serta aktivis-aktivis Pakatan Harapan yang lain.

Kunjungan itu sambut Ketua Kampung Baru Tarun Broga, Chong Chee Keong. Turut menyertai kunjungan ini Ketua Cabang PKR Hulu Langat Puvendran; Ahli Majlis MPKj Zon 18 Rajan Vmunusamy;

Hasanuddin dalam satu kenyataan melahirkan rasa terpegun dengan ketokohan Ketua Kampung Baru Tarun Broga yang mengenali hampir semua penghuni rumah yang kami kunjungi.

“Kami dapat bayangkan betapa akrabnya penduduk disini bersama Ketua Kampung kesayangan mereka yang peduli serta prihatin ini.
Tahniah kepada beliau.

“Diakhirnya, sebagai acara penutup program petang ini diaturkan pula sesi serahan sumbangan dan pemberian’angpau’ Tahun Baru Cina kepada 50 orang penduduk yang kurang berkemampuan.

“Satu ‘perjalanan’ yang mengujakan di Kampung Baru Tarun Broga.Kami doakan semoga semuanya bergembira menyambut ketibaan Tahun Baru Cina 2018,” ujarnya.

Sebelum ini AMANAH Hulu Langat sudah pun membuat beberapa siri lawatan sempena sambutan Tahun Baru Cina

Hasanuddin bertemu salah seorang penduduk di Kampong Baru Broga

COMMENTS

Wordpress (0)