Kuok minta rakyat yakin dengan usaha Majlis Penasihat Kerajaan

Ahli perniagaan Robert Kuok (kiri) bersama Tun Daim Zainuddin.

 

Hartawan perniagaan Malaysia, Robert Kuok, meminta orang ramai untuk menaruh keyakinan ke atas Majlis Penasihat Kerajaan (CEP).

“Mereka (CEP) terdiri daripada rakyat terbaik Malaysia. Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Hassan Marican dan Prof Dr Jomo Kwame Sundaram kesemuanya individu yang cemerlang.

“Percayalah kepada mereka. Kita semua mahu negara kita baik. Kita juga berharap rakyat akan diambil berat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat CEP buat pertama kalinya di sini hari ini.

Hartawan berusia 94 tahun itu, telah dilantik sebagai ahli CEP oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 12 Mei, tiba di Menara Ilham  pada jam 10 pagi dan meninggalkan bangunan tersebut pada 5 petang kemudian.

Sementara itu, Daim berkata, subsidi bahan api dan pemansuhan tol adalah antara tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam mesyuarat hari ini.

Ditanya sama ada CEP juga membincangkan mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa hutang negara telah mencapai angka satu trilion ringgit yang membimbangkan, beliau menjawab ‘tidak’.

8.7
OVERALL SCORE
: 7.0
2 user votes x 9.5
CATEGORIES
TAGS