Malaysia Dateline

“Kurang ajar,” kata penyokong Najib kepada Armada Bersatu

Para penyokong Datuk Seri Najib Razak bangkit mempertahankan bos mereka apabila rakan dalam Perikatan Nasional sendiri menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai ‘penyamun’.

“Wah kurang ajar betul Armada Bersatu PPBM ni. Ketua Armada Wan Fayhsal ni kenapa?” kata Muhammad Azri atau nama glamournya Papa Gomo.

“Live VC malam ni. Jam 11 malam ni live fb Papa Azri. Kita nak dengar Ketua Armada sebut betul-betul siapa ‘penyamun’.

“Harap dapat sahut,” tulis Azri, menerusi twitter beliau ketika mengulas serangan Armada Bersatu terhadap Najib. Azri adalah salah seorang siber trooper yang dibayar isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor sebelum ini.

Armada Bersatu menulis “Penyamun” dalam posting mereka ketika mengulas gesaan Najib agar semua penyokong Perikatan Nasional jangan melampau dalam mengulas isu-isu semasa.

“Jangan melampau. Rakyat sedang memerhati,” tulis Najib terhadap ulasan Ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi yang mengulas tulisan Ketua Armada Wan Ahmad Fayhsal.

Serang menyerang berlaku antara pemimpin Umno dan Bersatu ekoran keputusan melantik Datuk Seri Panglima Hajiji Noor padahal kerusi yang diperolehi Bersatu lebih sedikit berbanding Umno dalam pilihan raya umum negeri Sabah.

Sebelum ini, seorang lagi penyokong Najib, Datuk Lokman Noor Adam memberikan masa selama tujuh hari kepapada Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi agar menarik kembali sokongan Ahli Parlimen Umno kepada kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.