Kurang dua tahun dari sekarang Umno Pas akan bersatu, kata Annuar Musa

Kurang dua tahun dari sekarang Umno Pas akan bersatu, kata Annuar Musa

Barisan Nasional (BN) tidak menilai jumlah undi yang disumbangkan Pas di dalam PRK Sungai Kandis sebaliknya kerjasama yang berlaku ini adalah untuk jangka masa panjang termasuk menghadapi siri PRK dan PRU15 nanti, demikian menurut Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, DUN Sungai Kandis adalah permulaan kerjasama berkenaan dan diteruskan ke PRK DUN Seri Setia.

Bahkan katanya, kerjasama yang ditunjukkan di Sungai Kandis merupakan kemenangan awal menerusi kesepakatan dengan Pas menentang Pakatan Harapan.

“Saya menjangkakan dalam tempoh kurang dua tahun dari sekarang UMNO dan PAS akan bersatu dan dalam tempoh itu juga PH akan tumbang, ” katanya dipetik NSTP.

Tambahnya, Umno dan Pas bersatu untuk penyatuan Islam dengan menolak perbezaan pendapat demi agama dan bangsa Melayu.

“Kita tamatkan dulu permusuhan kerana sayangkan agama, bangsa dan tanah air,” katanya.

Annuar turut menjangkakan ada siri PRK selepas ini termasuk pada Oktober, November dan Disember.

Semalan, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan BN akan memberi laluan kepada Pas bertanding dalam PRK DUN Seri Setia

Kerusi itu kosong selepas wakil rakyatnya, Profesor Datuk Dr Shaharuddin Baharuddin meninggal dunia lewat kelmarin, selepas menderita barah usus.

 

6.5
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 5.0
CATEGORIES
TAGS