Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kutipan hasil kerajaan negeri Johor perlu utamakan rakyat
Cheo Yee How

Kutipan hasil kerajaan negeri Johor perlu utamakan rakyat

AMNI JAGATFebruary 18, 2020 3:37 pm




Kutipan hasil Kerajaan Johor yang mencatatkan pencapaian sebanyak 124.60 peratus disarankan untuk membantu semula rakyat di negeri ini

Menurut Adun Perling, Cheo Yee How, perkara itu juga perlu selari dengan fokus kepada mengutamakan rakyat di negeri ini.

Menurutnya lagi, kutipan hasil yang tinggi adalah perkara asas yang menggambarkan bahawa intergriti sesebuah kerajaan itu baik dan perkara tersebut harus dipuji.

“Kita akui yang mana pencapaian ini baik dan ia harus dipuji namun apa yang penting dalam usaha kita memberikan fokus kepada pencapaian kutipan hasil ini, kita juga harus mempertimbangkan kehendak rakyat.

“Sebagai contoh apa yang kita lakukan ini janganlah sampai membebankan rakyat sehingga wujud keluhan yang disuarakan oleh rakyat kelak.

“Tindakan kerajaan ini menggambarkan bahawa PH memang mengekalkan asas intergriti yang diperjuangkan selama ini dan tahniah kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar,” katanya.

Pada 2 Februari 2020 yang lalu, Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal telah mengumumkan sebanyak RM 1.93 billion berjaya dikutip oleh kerajaan sepanjang tahun 2019 dan ia juga merupakan kutipan tertinggi yang pernah direkodkan oleh kerajaan negeri Johor.

Katanya lagi, pencapaian hasil ini perlu dimanfaatkan dengan kebajikan serta perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di negeri ini.

“Kutipan hasil ini perlu dijadikan sebagai asas untuk kerajaan memberikan semula perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

“Kita tidak mahu hanya sebahagian golongan sahaja yang mendapat laba dari kutipan hasil tersebut dan apa yang kita mahukan adalah golongan terbawah pun mampu untuk merasai hasil pencapaian tersebut,” katanya.

Cheo turut menjelaskan bahawa segala peluang serta pekhidmatan yang diberikan pada rakyat di Johor sebelum ini perlu diteruskan dan ditambah baik bagi mengembalikan hasil kutipan itu kepada rakyat.

“Sebelum ini program-program yang dijalankan oleh kerajaan perlu dikembangkan lagi dan diperluaskan lagi agar hasil kutipan kerajaan negeri itu mampu memberi manfaat dan dorongan terbaik kepada rakyat,” katanya lagi.

Beliau yang merupakan ketua biro pendidikan politik DAP Johor turut memberikan pandangan bahawa pencapaian ini harus dirasai oleh semua golongan.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Perintah darurat Muhyiddin kerana politik bukan tangani COVID-19, kata Najib

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Terkini

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Hotel Royale Chulan dijual lebih rendah

Harimau menangis: Interaksi alam dan ancaman kepupusan

Ahli politik sebenarnya tidak peduli apa pengundi mahu?

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production