Mesti perasan kalau basuh beras sahaja, air pertama dan kedua mesti ada kutu beras sedangkan beras baru sahaja dibuka.
Kadang-kadang dah cuci betul pun masih ada seekor dua yang tertinggal, mesti ada cara nak pastikan semuanya hilang.
Ikuti perkongsian portal My Resipi mengenai cara berkesan untuk hilangkan kutus beras, hanya menggunakan bahan di dapur.
7 cara halau kutu beras
1. Guna asam keping
Kutu beras memang tak suka asam keping. Jadi, anda hanya perlu letakkan beberapa keping asam keping ke dalam tempat simpan beras untuk menghalau kutu beras.
2. Daun limau purut
Anda juga boleh gunakan daun limau purut kerana kutu beras tak suka bau daun limau purut. Letakkan di bahagian atas, tengah dan bawah tempat simpan beras anda.
3. Jemur bawah matahari
Jika kutu beras anda terlalu banyak, anda hanya perlu jemur beras di bawah cahaya matahari.
Masukkan beras dalam satu dulang dan letakkan cili kering atas beras. Jemur beras tersebut.
4. Guna kulit kayu manis
Anda juga boleh letak kulit kayu manis ke dalam tempat simpan beras. Aroma dari kulit kayu manis mampu halang kutu beras daripada membiak dalam beras anda.
5. Guna daun pandan
Daun pandan bukan saja boleh mewangikan beras, tapi ia juga boleh menghalau kutu beras.
6. Guna cili kering
Anda hanya perlu gunting dua cili kering dan letakkan dalam tempat simpanan beras. Bau pedas dari cili kering akan menghalau kutu beras.
7. Letakkan dalam peti ais bahagian sejuk beku
Letakkan beras anda dalam freezer selama 3 hari. Cara ini akan mematikan kutu beras dan telurnya.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio