Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kuwait uji skuad Harimau Malaya pada aksi persahabatan Jun ini

Kuwait uji skuad Harimau Malaya pada aksi persahabatan Jun ini

BernamaJanuary 14, 2020 9:18 am




Pasukan ranking ke-147 dunia, Kuwait, sah bakal menguji skuad Harimau Malaya pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil pada awal Jun nanti.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata, perlawanan pemanas badan berkenaan, merupakan sebahagian persiapan skuad kebangsaan sebelum berhadapan Thailand pada aksi Kumpulan G, pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Bangkok pada 9 Jun depan.

“Kami baharu sahaja mendapat pengesahan daripada Kuwait, yang bersetuju untuk mengadakan aksi persahabatan menentang skuad kebangsaan pada Jun nanti, dan saya melihat ia satu peluang terbaik kepada jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menilai persediaan pemain kita, sebelum berlepas ke Bangkok nanti,” katanya kepada Bernama,

Stuart sebelum ini mengesahkan juara Piala Negara Teluk 2019, Bahrain telah bersetuju untuk mengadakan aksi pemanas badan dengan Malaysia di Bukit Jalil pada awal Mac ini.

Perlawanan berkenaan merupakan medan persediaan skuad Harimau Malaya, sebelum berhadapan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Dunia 2023, di tempat lawan pada 26 Mac ini.

Skuad kebangsaan akan meneruskan aksi pusingan kelayakan menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, selang lima hari kemudian.

Malaysia kini menduduki tempat kedua Kumpulan G pusingan kelayakan, dengan kutipan sembilan mata selepas lima perlawanan, dan mereka berpeluang cerah ke pusingan akhir Piala Asia 2023 di China, sekiranya mencatat keputusan positif dalam baki tiga perlawanan.

Kali terakhir Malaysia layak ke pusingan akhir Piala Asia adalah pada edisi 2007, selaku tuan rumah bersama tiga negara ASEAN yang lain, iaitu Indonesia, Thailand dan Vietnam.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

‘Umno Sdn Bhd’ lawan ‘penjual Umno kepada diktator’

PENDAPAT: Bila Parlimen ditutup, ‘parlimen rakyat’ yang ambil alih

Krisis pendidikan negara semakin memuncak

Kasihan, apa jadi kepada mereka yang tiada gajet?

Tindakan kerajaan mahu bunuh kontraktor bumiputera

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production