Malaysia Dateline

KWSP kongsi maklumat terkini, RM10,000 akan dibayar sekali gus mulai 20 April

Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 akan dibayar sekali gus bermula 20 April ini.

Maklumat terkini itu dimaklumkan Kumpulan Wang Simpana Pekerja (KWSP) di Facebooknya sebentar tadi dan mengesahkan akan pembayaran akan dibuat sekali gus kepada pencarum.

Ini kerana sebelum ini ramai pencarum tertanya-tanya kaedah pembayaran yang akan dibuat KWSP adakah seperti pengeluaran I-Lestari dan I-Citra yang di kraditkan tiap-tiap bulan kepada pencarum.

Ahli KWSP ingin mengeluarkan simpanan mereka di bawah kemudah Pengeluaran Khas ini boleh berbuat demikian melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my yang boleh di akses melalui aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April.

Semakan status permohonan boleh dibuat bermula 9 April 2022 melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my

KWSP turut berkongsi beberapa maklumat ringkas berkenaan pengeluaran khas ini antaranya;

Amaun pengeluaran minimum RM50, amaun maksimum RM10,000 tertakluk kepada baki akaun 2, jika tidak mencukupi akaun 1 akan digunakan

Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam akaun 1

Pembayaran dibuat dalam satu bayaran sahaja (single payment) mulai 20 April.

Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan

Bayaran pengeluaran khas diberikan keutmaan berbanding pengeluaran lain

KWSP kongsi maklumat terkini, RM10,000 akan dibayar sekali gus mulai 20 April