Malaysia Dateline

“Laa rupanya Remy Ishak yang tolong ambilkan gambar pasangan ini,”

Memakai pelitup muka boleh dikatakan sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang sejak Covid-19 melanda dunia kira-kira tiga tahun yang lalu.

Memakai pelitup muka bukan sahaja antara alternatif mencegah penularan penyakit berjangkit itu, malah reaksi netizen di media sosial turut mendapati, mereka agak susah untuk mengenali seseorang apabila memakai pelitup muka.

“Eh, betul ke tu kawan lama aku masa di universiti? Mata macam dia, tapi rambut lain,” Tak apa lah, abaikan aje,” itu antara komen-komen netizen di laman sosial apabila membincangkan mengenai pelitup muka.

Tapi, lain pula kisah yang dialami satu pasangan ini apabila individu yang menangkap gambar mereka sewaktu berada di Tasik Cermin, rupa-rupanya pelakon terkenal, Remy Ishak.

Momen di Tasik Cermin itu ‘terbongkar’ apabila isteri Remy, Ezza Rose memuat naik hantaran itu di laman sosial Tik Tok menunjukkan pasangan tersebut meminta tolong diambilkan gambar.

Menariknya, tiada siapa yang menyedari kewujudan pelakon itu yang dilihat begitu gigih mengambil gambar mereka.

Bagaimanapun, pasangan tersebut muncul di ruangan komen Ezza Rose dan meluahkan keterujaannya apabila mendapat tahu ‘jurugambar’ itu adalah Remy Ishak.

Baca Juga: Lelaki terkejut Nasi Kandar lauk sotong, ayam di Pavilion KL berharga lebih RM80