Labuan akan dibangunkan sumber ekonomi persisir pantai, kata Menteri Wilayah

Labuan akan dibangunkan sumber ekonomi persisir pantai,  kata Menteri Wilayah

Khalid Samad beramah mesra dengan penumpang yang menaiki penerbangan pertama Malindo Air dari Kuala Lumpur ke Labuan.

Kementerian Wilayah Persekutuan akan memastikan Labuan menjadi sektor pelancongan dan industri perikanan yang mampan menjana pendapatan penduduk dan menjadi destinasi pilihan pelancong di rantau ini.

Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad berkata, kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam merangka dan melaksana pembangunan ekonomi yang mampan di Labuan menjadikan sektor ekonomi di wilayah itu tidak mampu dipertingkatkan.

Beliau berkata walaupun kerajaan BN memberi tumpuan kepada industri minyak dan gas serta pelancongan tetapi ia tidak menepati perancangan asal dan sasaran menyebabkan Labuan yang kaya dengan sumber alam semulajadi itu masih gagal meningkatkan ekonomi rakyatnya.

“Tidak dinafikan pada asalnya ada perancangan untuk diberikan tumpuan kepada persisir laut sebagai sektor sokongan kepada industri minyak dan gas serta pelancongan. Tetapi apa yang kita dapati ia tidak mencapai sasarannya.

“Mungkin ada kesilapan dari segi perancangan dan pelaksanaannya. Mungkin juga faktor pasaran antarabangsa yang mengawal harga minyak dan gas dan sebagainya lagi.

“Saya fikir kebergantungan kepada minyak dan gas adalah di luar jangkaan di Labuan pada masa kini.

“Saya sudah berada di Labuan beberapa minggu lalu, melihat Labuan hampir kembali kepada asal dengan terdapat banyak kegiatan ekonomi yang dilihat semakin merundum, kita mahu merancakkan kembali.

“Kementerian akan jadikan labuan antara tumpuan bagi kita bangunkan sektor ekonomi setelah fasa awalnya gagal mencapai matlamat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelepasan Penerbangan Pertama Malindo Air dari Kuala Lumpur ke Labuan hari ini.

Chandran Rama Muthy (kiri) menunjukkan kepada Khalid Samad bagasi 25kg yang boleh dimuatkan dalam kargo Malindo Air untuk mengisi makanan laut dari Labuan ke pelbagai destinasi.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam ini berkata, kementerian wilayah kini sedang mencari potensi untuk membangunkan sektor ekonomi di Labuan.

Justeru satu kumpulan kajiselidik dikalangan ahli perniagaan telah dihantar untuk mengadakan tinjauan dalam penerbangan pertama Malindo Air dari Kuala Lumpur ke Labuan hari ini.

“Kita perlu mencari potensi yang ada dengan alam semulajadi di Labuan untuk dibangunkan.Supaya kita akan melihat matlamat kita untuk menjayakan usaha pembangunan di labuan itu berjaya.

“Dalam penerbangan pertama ini kita telah hantar satu pasukan di kalangan ahli pernigaan untuk mengkaji akan membentagkan cadangan bidang yang boleh diberikan tumpuan kepada Labuan.

“Industri perikanan jika diberikan sokongan yang baik ianya boleh dibangunkan dengan kerjasama LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ) kapal lebih besar dan efisien boleh digunakan.

“Jika ke Kampong air nelayan masih lagi melakukan kerja penangkapan dan penyimpanan ikan dengan cara manual.

“Sedangkan untuk membangunkan industri ini, kita perlu satu bentuk pelaburan dan perlu diberi tumpuan untuk pelaksanaannya,” ujarnya.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Chandran Rama Muthy yang berkata, bagi mengiatkan lagi industri pelancongan ke Labuan, syarikat penerbangan itu telah menyediakan kemudahan bagasi bagi membawa makanan laut sebanyak 25kg dari Labuan menerusi penerbangan Malindo Air.

“Sasaran kita 2,000 penumpang sehari yang akan ke Labuan bukan sahaja dari Kuala Lumpur tetapi turut datang dari 35 destinasi dan 16 buah negara dalam promosi yang akan kita laksanakan untuk Labuan.

“Sekarang ini kita sudah menerima seramai 400 pelancong sebulan dari negara China ke Labuan,” ujarnya dalam sidang media sama yang diadakan di KLIA, Sepang hari ini.

Malah Chandran ketika ditemui berkata, syarikat bercadang di masa akan datang akan menyediakan perkhidmatan penghantaran bagasi makanan laut terus ke rumah pelanggan sekiranya perkhidmatan ini mendapat sambutan di masa akan datang.

Baca: Bawa pulang ikan segar menaiki Malindo Air

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote