Malaysia Dateline

Labuan dapat status bebas cukai sepenuhnya

Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan memaklumkan, Perintah Duti Kastam bagi Wilayah Persekutuan Labuan dibatalkan berkuat kuasa hari ini.

Pembatalan itu secara tidak langsung memberi khabar gembira buat semua peniaga yang mencari sumber pendapatan di wilayah itu.

Laporan daripada Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 25 Mac itu turut menyatakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akan membentangkan perkara berkenaan menurut subseksyen 155 (2) Akta Kastam 1967 dalam sidang dewan rakyat kali ini

“Perintah ini boleh dinamakan Perintah Duti Kastam (Labuan) (Pembatalan) 2019,” maklum kenyataan itu.

Labuan kini sedang beralih daripada industri minyak dan gas kepada memantapkan industri pelancongan selari dengan pulau bebas cukai bagi meningkatkan sektor ekonomi negeri itu..