Malaysia Dateline

Labuan, Perlis, Negeri Sembilan catat kadar kebolehjangkitan tertinggi

Labuan, Perlis dan Negeri Sembilan mencatat kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 melebihi nilai kebangsaan 1.16, semalam.

Labuan mendahului dengan nilai Rt tertinggi 1.82 diikuti Perlis (1.45) dan Negeri Sembilan (1.40).

Enam negeri lagi yang mencatat nilai Rt melebihi melebihi nilai kebangsaan 1.16 ialah Melaka dan Sarawak (1.31), Kelantan (1.25), Kedah (1.20) serta Pahang dan Putrajaya (1.19).

Ia disusuli Terengganu (1.16), Perak (1.15), Kuala Lumpur dan Selangor (1.14), Johor (1.11), Sarawak (1.10) dan Pulau Pinang (1.07).

Semalam, Labuan merekodkan peningkatan mendadak jangkitan baharu Covid-19 dengan 253 kes berbanding hanya enam kes, kelmarin.

Malaysia terus menyaksikan lonjakan kes harian jangkitan baharu Covid-19 dengan yang tertinggi semalam, 9,020 kes.

Bilangan kematian baharu akibat wabak berasal dari Wuhan, China itu turut mencatat angka tertinggi yang pernah direkodkan, iaitu 98 kes.

Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di negara ini mencecah 558,534 kes, dengan 2,650 korban.