Labuan tidak akan diabaikan, kata Menteri Wilayah

Khalid berjanji akan pastikan Labuan membangun sebagaimana kawasan lain di Malaysia.

Sempena Hari Malaysia, Menteri Wilayah, Khalid Samad memberi jaminan tidak akan mengabaikan pulau itu dan akan mempastikan ia membangun selari dengan pembangunan di Semenanjung.

Ketika berucap kepada lebih 10,000 penduduk Labuan sempena sambutan Hari Malaysia peringkat Labuan hari ini, Khalid berkata, beliau akan memastikan Labuan bangkit semula.

“Saya akan memastikan Labuan banguna semula selepas kita menghadapi krisis kejatuhan industri minyak dan gas sebelum ini,” kata beliau yang mendapat sambutan gemuruh penduduk pulau itu.

Sambutan Hari Malaysia peringkat Labuan hari ini berjalan dengan penuh meriah dan warna warni.

Hampir keseluruhan peringkat masyarakat Labuan menyertai sambutan ini dengan menyertai pembarisan yang bermula sejak 7 pagi.

Pasukan Kedayan, suku kaum paling besar di Labuan, memenangi pertandingan pembarisan Hari Malaysia Labuan dengan pakaian terbaik.

Penduduk dari pelbagai peringkat, dari tadika, pegawai kerajaan, pelajar sekolah, kumpulan Rukun Tetangga dan pelbagai kelab di Labuan menyertai pembarisan sambutan ini.

Ia adalah sambutan Hari Malaysia pertama yang dibuat selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran Malaysia.

Sambutan peringkat kebangsaan akan diadakan malam ini di Kota Kinabalu.

 

JAMBATAN LABUAN

Laporan mengenai jambatan ini telah menjadi berita utama di The Borneo Post, akhbar utama di Labuan hari ini.

Ketika turun melihat sendiri perkhidmatan feri Labuan ke Menumbok di Sabah, Khalid berkata, cadangan pembinaanjambatan antara kedua-dua tidak dibatalkan.

“Yang dibatalkan adalah cadangan kajian yang bernilai RM15 juta bukan cadangan pembinaan jambatan itu,” katanya kepada sidang media di atas feri Labuan ke Menumbok.

Menurut Khalid, beliau akan mencadangkan kepada Kementerian Kewangan agar kerajaan membuat kajian semula tentang cadangan pembinaan itu.

 

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 10.0