Labur wang, tanah atau emas yang mana lagi untung? Ini jawapan mentor kewangan

Oleh WAN SITI AMINAH

Rakyat Malaysia sudah mempunyai kesedaran akan kepentingan melabur dalam menjamin kestabilan kewangan pada masa hadapan.

Tidak hanya menjamin keuntungan yang lumayan, pelaburan juga boleh membantu orang ramai dalam menghadapi krisis ekonomi seperti kenaikan inflasi.

Setelah kesedaran itu wujud, timbul pula persoalan mengenai jenis pelaburan yang paling kukuh dari perspektif kewangan pada masa hadapan.

Tular di media sosial, berikut adalah penerangan daripada mentor atau penasihat kewangan, Azizi Ali yang dikongsikan menerusi akaun TikTok miliknya.

Menurut Azizi, orang ramai dinasihatkan untuk mengamalkan konsep ‘diversify’ atau mempelbagaikan bentuk pelaburan sama ada tunai, emas atau hartanah.

Konsep ini dikatakan terbukti dalam menjanjikan kestabilan kepada kewangan milik pelabur meskipun keadaan ekonomi di Malaysia sering berubah.

Namun begitu, di antara tiga sektor berkenaan, orang ramai perlu memberi tumpuan kepada pelan pelaburan yang menjanjikan pulangan dalam jangka masa panjang.

Azizi berpendapat bahawa pelaburan emas dan hartanah adalah pelan yang paling menguntungkan bagi kewangan pelabur untuk 20 ke 30 tahun akan datang.

Hal ini kerana, berbeza dengan emas dan juga hartanah, nilai wang tunai akan sentiasa menurun mengikut kadar inflasi negara.

@azizi.ali

Replying to @mahayuddinmakmin Cash, emas, hartanah – yang mana 1 yang lebih power? #aziziali #azizialimentorwang #emas #publicgold #publicgoldindonesia #longervideos #hartanah #tiktokguru

♬ Summer day – TimTaj

Namun begitu, wang tunai tetap perlu disimpan untuk digunakan dalam perbelanjaan harian dan juga simpanan kecemasan (emergency fund).

“Wang tunai nilainya akan menurun kerana dibaham inflasi. Tetapi kita perlukannya untuk belanja harian dan sebagai dana simpanan untuk emergency fund.

“Sebaliknya untuk emas dan hartanah, nilainya bukan sahaja bakal bertahan malah akan meningkat pada hari-hari akan datang.

“Boleh bertahan 20 hingga 30 tahun, malah boleh jadi lebih lama. Oleh itu, teruslah melabur dalam emas dalam bentuk fizikal dan juga hartanah.” Katanya.

Baca juga: RM1 lama dibeli pada harga RM1k! Rupanya sebab ada ‘Ong’, semua nombor siri angka 8