Malaysia Dateline

Ladang solar patut diapung atas tasik empangan hidroelektrik

Ikuti pandangan MatGeo mengenai isu ini:

Dua dapatan dari carian “malaysia power capacity” menunjukkan penghasilan elektrik gabungan yang tersambung ke grid nasional ialah 19,023 MW manakala permintaan maksimum 13,340 MW menurut Wikipedia.

Menurut MIDA pula, negara mensasarkan 31% dari itu datang dari tenaga boleh diperbaharui contohnya solar.

Oleh sebab janakuasa solar yang tumbuh bagai cendawan panas, kita pakai anggapan 31% itu adalah dari solar. Ini membawa ke angka 5,890 MW.

Jika ladang solar Sungai Siput seluas 94 hektar menghasilkan 49MW, seluas 11,300 hektar atau 113 km² diperlukan untuk menjadikan angka 5890 MW itu.

Untuk rekod, keluasan Tasik Kenyir ialah 260 km² manakala Tasik Temengor pula 152 km² yang menghasilkan tenaga gabungan 748 MW.

Mengambil sasaran MIDA, 40% menjelang 2040, ada baiknya jangan dibuat atas tanah kerana tanah ialah tempat tumbuhnya pokok yang penting dalam usaha kelestarian alam selaras usaha menghadkan pelepasan karbon.

Banyak tempat telah melaksanakan projek solar terapung termasuk dalam negara.

Adakah MatGeo semata-mata yang dilihat tidak bersetuju projek ‘hutan ladang solar’.
Kenapa tak buat di lombong tinggal? Tunggu tokei ikan talapia tu meninggal?

Hairan kenapa tak diapung atas tasik empangan hidroelektrik? Politik? Itu yang malas nak sembang tu.

Ada yang hairan kenapa masuk topik janakuasa elektrik? Kerana janakuasa elektrik adalah pelepas karbon utama manakala pelepasan karbon adalah topik kepada perubahan iklim versi dunia.

Mengapa solar kena attack? Sebab dia dibuat atas darat. Tempat pokok tumbuh. Kajian menunjukkan ladang solar ada kesan pada iklim sebab haba yang terhasil dari peralatan itu sendiri.

Bila kesan pada iklim, datang cuaca pelik-pelik, tentu anda refer sini. Tapi reference dari sini kenalah faham dulu.

Baca juga Sembilan negeri ekonomi tertinggal – Ini pesan pakar buat mereka yang bakal membentuk kerajaan

Baca juga ‘Biarlah saya seorang yang menanggung segala beban bukan keluarga saya’ – Abang Viva maklum isu sudah selesai