Lagak Pas seperti sekutu sulit Umno-BN, kata DAP Perak

Lagak Pas seperti sekutu sulit Umno-BN, kata DAP Perak

Sikap degil Pas menutup semua pintu rundingan menunjukkan parti itu mahu menggagalkan usaha Pakatan untuk mengalahkan Umno, tingkahlaku pelik bertujuan politik bukan untuk menang tetapi ingin menjadi "sekutu sulit" Umno-BN.

Sikap degil Pas menutup semua pintu rundingan menunjukkan parti itu mahu menggagalkan usaha Pakatan untuk mengalahkan Umno, tingkahlaku pelik bertujuan politik bukan untuk menang tetapi ingin menjadi “sekutu sulit” Umno-BN.

“Pas menyedari bahawa sebarang perlawanan tiga penjuru antara BN, Pakatan Harapan dan parti itu akan menguntungkan BN, kata Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming
.

Menurutnya, walaupun Pakatan Harapan Perak telah membuat tawaran terbuka kepada Pas sejak dua minggu lalu untuk bertanding di salah satu kerusi di dua PRK yang ditetapkan pada 18 Jun, tetapi sikap angkuh dan keengganan pimpinan Pas untuk berunding menunjukkan parti itu kini hanya berminat untuk memberi keuntungan kepada Umno.

Adalah lumrah katanya, bagi mana-mana parti politik untuk membuat rundingan, tetapi sikap tutup pintu yang dipamerkan oleh Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang kini menunjukkan parti itu sudah menolak pakatan pembangkang sebaliknya lebih cenderung untuk menyelamatkan Umno, sebuah parti perkauman yang terpalit dengan pelbagai skandal.

“Memandangkan PAS kini tidak lagi ingin bersama pakatan pembangkang sebaliknya lebih cenderung untuk ” menasihati UMNO”, rakyat Malaysia tetap berhak untuk mendapat satu barisan alternatif yang lebih mampan untuk menggantikan UMNO-BN.

“Oleh itu adalah disyorkan Pakatan Harapan meletak calon yang terbaik di kedua-dua PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar supaya rakyat mempunyai peluang memilih siapa yang paling layak mewakili mereka di Parlimen pada 18hb Jun ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

TAGS