‘Lagi banyak peruntukan menteri, lebih banyak saluran bantuan kepada rakyat’

‘Lagi banyak peruntukan  menteri, lebih banyak saluran bantuan kepada rakyat’

“Lagi banyak peruntukan menteri, lebih banyak saluran bantuan kepada rakyat”

Demikian ucapan dari Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub ketika program ‘Sentuhan Kasih Parlimen Pulai’ di Johor Bahru.

Beliau berkata, di Pulai terdapat pasukan yang dilantik khusus bagi mendekati masyarakat menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Kami tidak pilih bulu dalam menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Saya tahu ada yang tidak mengundi saya pada PRU yang lalu namun bantuan dari saya bukanlah melihat itu semua.

“Lagi banyak peruntukan kepada menteri diberikan maka akan lebih banyaklah saluran bantuan kepada rakyat akan diberikan di Pulai ini.

“Saya akan memastikan pasukan yang telah ditubuhkan di parlimen ini akan berkerja  24 jam dan bersedia menangani permasalahan rakyat,” ucapnya di program tersebut turut menyampaikan penghargaan kepada seluruh jentera dan pengundi di situ.

Sumbangan diberikan di program ‘Sentuhan Kasih Parlimen Pulai

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai turut menjelaskan pelbagai permasalahan dalam mentadbir negara yang mengalami kemerosotan ekonomi sebelum ini.

Beliau juga menjelaskan agar rakyat memberi tempoh kepada kepimpinan PH sekurang-kurang 3 tahun bagi memulihkan keadaan dan memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat secara menyeluruh.

“Dalam keadaan yang susah payah begini pun, pihak kami mampu untuk memberikan insentif kepada rakyat melalui kerajaan pusat dan negeri.

“Selain itu bantuan ‘one-off’ turut diberikan. Dalam masa yang sama peruntukkan untuk kebajikan juga ada dan pihak kami tidak mampu untuk mengambil satu sen dari wang tersebut kerana ia dipantau oleh kakitangan kewangan kerajaan.

“Saya mengharapkan agar rakyat terus memberi kepercayaan kepada kami untuk mentadbir negara dan negeri ini,” ucapnya lagi.

Program tersebut turut dihadiri oleh Speaker Dun Johor, Suhaizan Kaiat serta pasukan kebajikan parlimen Pulai telah menyampaikan sumbangan kepada 200 orang yang memerlukan.