Lagi keluhan berkenaan tender di Johor

Lagi keluhan berkenaan tender di Johor

Menyahut suara yang telah dibawa oleh Ahli Dewan Negeri (Senggarang), Khairuddin A Rahim pada 26 September 2018 yang lalu, hari ini Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Mersing, Idris Ahmad telah menyatakan keluhan beliau mengenai permasalahan pembahagian tender di Johor.

Hal yang sama disebutkan oleh Khairuddin sebelum ini, Idris berkata masih terdapat lagi tindakan yang mencurigakan berlaku dalam pemberian tender untuk kerja-kerja yang akan dijalankan.

Menurut beliau yang ditemui berkata, sebarang pembangunan yang akan dimajukan perlu disertakan dengan sifat dan nilai intergriti.

“Diharap intergriti dan keadilan perlu disertakan agar segala perancangan dapat berjalan dengan baik bagi pembangunan di negeri ini.

“Selain itu, sistem yang membenarkan broker sebagai wakil bagi sesuatu syarikat yang masuk dalam sebut harga perlu dihentikan serta merta agar ia dapat melancarkan setiap pembangunan di sebuah negeri.

“Saya juga menyambut baik cadangan yang dibawa oleh Adun Senggarang agar setiap sisi ketidakadilan itu untuk berlaku berjaya ditangani oleh pihak kerajaan,” ujarnya.

Idris juga menyarankan agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di setiap daerah mampu mengikuti apa yang dicadangkan oleh Khairuddin sebelum ini.

“Setiap jabatan atau PBT perlu mempertimbangkan untuk mengikut apa yang telah dicadangkan oleh Adun Senggarang itu bagi mewujudkan ketelusan dalam sistem pemberian tender.

“Pihak Kerajaan Negeri Johor juga perlu untuk menyemak semula kelemahan yang berlaku dalam sistem yang sebelum ini diguna pakai di zaman Barisan Nasional (BN) sebelum ini,” Idris Ahmad.

Dalam kenyataan sebelum ini, Khairuddin telah menggariskan beberapa cadangan untuk diterapkan dalam sistem pentadbiran agar tidak berlaku sebarang kelemahan bagi sistem pemberian tender.

Antara perkara yang dicadangankan adalah, penghapusan wakil syarikat, temuduga syarikat, kemas kini maklumat kontraktor, undian dan pembabitan Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai pemantau.