Malaysia Dateline

Lagi kes ‘cucuk’ kereta sebab tak nak bayar tol, sekali netizen bongkar pemandu CBH7270 ada saman lebih RM700

Sejak kebelakangan ini kita sering sahaja dihidangkan dengan sikap tidak bertanggungjawab pengguna jalan raya. Bukan kali pertama kita dengar kes membabitkan pemandu mencucuk kereta hadapan dan melepasi palang tol secara salah.

Di media sosial, tular satu rakaman papan pemuka (dashcam) seorang pengguna jalan raya selamba mengekori rapat kereta hadapan kerana tidak mahu membayar tol.

Kejadian didakwa berlaku di Plaza Tol Putrajaya di mana kereta jenis Waja berwarna merah telah mencucuk dan melepasi palang tol tanpa menyentuh kad touch n go.

“Nak minta tunjuk ajar sifu-sifu sekalian, macam mana spesis ni boleh bayar tol tanpa buka tingkap?

“Lokasi: Plaza Tol Putrajaya,” tulis seorang pengguna Facebook Dean Ang-Din di Group DashCam Owners Malaysia.

Dalam rakaman papan pemuka berkenaan, dapat dilihat jelas kereta Waja dengan nombor plate CBH7270, dipandu oleh seorang lelaki.

Meninjau ke ruangan komen, tak sangka netizen sempat menyiasat nombor plat berkenaan dan mendapati rupanya individu tersebut mempunyai empat saman tertunggak berjumlah RM750 sehingga Ogos ini.

“CBH7270 terdapat 4 saman berjumlah RM750 sehingga 10/08/22,” tulis pengguna Facebook.

Pada masa sama, ramai juga meluahkan rasa berang dengan tindakan tersebut selain ada yang beri tunjuk ajar bagaimana mahu beri pelajaran kepada pemandu seperti ini.

“Aku kalau nampak je kereta jenis cucuk rapat kat tol ni memang lepas je palang aku brek, bior die sangkut kat situ. Tapi jangan brek mengejut. Kau jalan slow-slow sambil tekan brek. So tak adelah alkisah dia sondol belakang kau. Walaupun kalau dia sondol dia yang salah, tapi masalahnya habis masa jelah nk selesaikan itu ini,” tulis pengguna lain.

Selain itu ada yang memberitahu jika berlaku hal seperti ini, pihak plaza tol kebiasaannya akan menampal kertas di laluan tol dengan nombor plate kereta terlibat sebagai ‘wanted’.

Baca juga: Tinggalkan 7 akhlak buruk tapi orang politik Pas ini pula kena ‘sekolah’ dengan netizen

Baca juga: Nak burger padu macam tepi jalan, peniaga ini kongsi tips, yang penting renjis sikit bawang putih baru sedap!