Lagi kes penghuni flat cop parkir, penduduk siap dapat nota amaran kerana guna parkir orang lain

Oleh KIM SYAZIE

Budaya cop parkir dilihat tidak berpenghujung biarpun isu ini banyak kali dibicarakan secara terbuka di media-media sosial.

Isu ini jika diperhati, kebanyakannya sering berlaku di kawasan perumahan kos rendah seperti PPR dan pangsapuri.

Seperti perkongsian yang tular, seorang penduduk di kawasan perumahan di Cheras mendakwa menerima sekeping nota dari penduduk di sekitar itu gara-gara mengalihkan kerusi yang diletak di petak parkir.

Cop parkir

Dalam surat berkenaan, tertulis nota amarah di mana pemilik surat mengatakan bahawa kotak parkir berkenaan merupakan miliknya disebabkan dia telah meletakkan tanda (kerusi).

Dia juga memarahi dengan kata-kata kesat kerana orang lain telah mengambil tempat parkir miliknya.

“Ini parkir orang. Kalau dah letak tanda kerusi, maknanya parkir itu ada orang punya.

“Suka-suka hati ambil parkir aku, pandai pula letak kerusi dalam rumah aku, cerdik ke bengap ni, kau tak belajar beradapkah?,” soal pemilik surat menerusi nota yang ditinggalkan.

Untuk info, cop parkir dikira satu kesalahan di bawah seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana petak parkir itu adalah hak milik awam.

Maka mana-mana individu tiada hak untuk mendesak atau menghalang individu lain daripada menggunakan petak parkir itu.

Individu yang sengaja ‘cop’ parkir ini boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan;

Dan sekiranya kesalahan berulang kali kedua atau lebih, individu itu boleh dikenakan denda maksimum RM4,000 atau penjara tidak lebih dua belas bulan, atau kedua-duanya; seperti yang diperuntukan dalam Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca juga: Elok-elok dua kereta boleh lalu, wanita bengang jiran buat laluan masuk rumah sampai makan jalan