Malaysia Dateline

Lagi pemimpin kanan BN akan sertai AMANAH Jumaat ini

Seorang lagi pemimpin kanan parti komponen Barisan Nasional (BN) dijangka akan mengumumkan menyertai Parti AMANAH Negara (AMANAH) pada Jumaat ini.

Unit Media dan Komunikasi AMANAH dalam kenyataan hari ini memaklumkan ahli parti komponen BN itu akan hadir dan menyerahkan borang keahlian menyertai AMANAH pada Konvesnyen AMANAH Nasional 2018 yang diadakan di Ipoh, Perak.

Individu yang dimaksudkan itu dikatakan berpengalaman luas dalam bidang perniagaan merupakan bekas ahli Parlimen BN dari Selangor dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas (PTK) sebuah kementerian ketika pemerintahan Umno-BN.

Minggu lepas, AMANAH juga menerima kemasukan bekas Naib Presiden Gerakan Tan Sri Liew Yun Fah.

Konvensyen AMANAH Nasional 2018 ini akan diadakan selama tiga hariĀ  bermula pada Jumaat ini yang dirasmikan oleh Presiden Mohamad Sabu.