Malaysia Dateline

Lagu ‘Curi Petai’ Mohamad Sabu kini jadi ikutan

Berikutan tindakan Presiden AMANAH Haji Mohamad Sabu mengalunkan lagu “Curi Petai” sambil memetik gitar, kini pelbagai pihak tampil memainkan lagu yang berasaskan lirik lagu beliau itu.

Antara yang menyanyikan semula senikata lagu “Curi Petai” itu adalah Azmyl Yunor yang menyanyikan lagu berdasarkan lirik yang dibawa oleh bekas Menteri Pertahanan itu.

Azmyl memuatnaik nyanyian beliau di twitternya @azmyl dengan lagu berjudul “Jeng Jeng Jeng” dengan menyatakan dihujung ciapannya lirik #MatSabu.

Mohamad merakamkan video khas ekoran pembebasan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dari 46 pertuduhan yang dihadapkan kepada beliau sebelum ini.

Berikut adalah lirik penuh lagu “Curi Petai” oleh Azmyl Yunor.

Jeng Jeng Jeng
Curi petai
Kena jail
15 belas
Bulan
Curi duit
Dekat masjid
Dua ringgit
Dua minggu
#Jengjengjeng
Curi Milo
Milo tin
Dua bulan
Kena jail
46 tuduhan bekas ketua menteri #Sabah
Ditarik balik segala tuduhannya
Muzik: Azmyl Yunor
Lirik: #MatSabu

KLIK UNTUK MENDENGAR LAGU AZMYL YUNOR