Lagu Siti Nurhaliza berkumandang walaupun tidak hadir

Siti kini mengandung empat bulan. Semoga beliau selamat melahirkan. Gambar The Star.

 

Walaupun Datuk Siti Nurhaliza Tarudin tidak hadir ke ‘Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi’ hari ini, namun lagu-lagu beliau berkumandang.

Lagu dendangannya seperti ‘Joget Kasih Tak Sudah’ berkumandang di pentas utama di Padang Timur, Petaling Jaya hari ini.

Semalam, sehari sebelum perhimpunan ini, Siti mengumumkan beliau kini mengandung empat bulan.

Bagi menjaga kepentingan kandungannya itu, penyanyi kesayangan ramai itu menolak semua program nyanyian dan aktiviti luarnya demi menjaga kepentingan kandungan itu yang di tunggu-tunggunya sejak 11 tahun lalu.

Siti, peminat Tun Dr Mahathir yang tegar, sebelum ini disebut-sebut antara tetamu himpunan hari ini.

Bahkan ada yang menyebarkan cerita kononnya beliau antara calon yang bakal bertanding dalam pilihan raya umum akan datang ini atas tiket Pakatan Harapan (PH).

Selain lagu-lagu, tarian tarian zapin dengan lagu antaranya ‘Hari Ribut’ dan ‘Bunga Hutan’ turut dipersembahkan dalam himpunan kali ini.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS