Lahad Datu: Enam mengaku bersalah anggotai kumpulan pengganas

Lahad Datu: Enam mengaku bersalah anggotai kumpulan pengganas

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Enam tertuduh dalam kes pencerobohan Lahad Datu mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, semalam terhadap pertuduhan menganggotai kumpulan pengganas.

Mereka ialah Atik Hussin Abu Bakar, 45, Lin Mad Salleh, 50, Holland Kalbi,50, Basad H. Manuel, 41, Ismail Yasin, 76, dan Virgilio Nemar Patulada alias Mohammad Alam Patulada, 52, yang kesemuanya warga Filipina.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan denda.

Bagaimanapun, Hakim Stephen Chung menangguhkan hukuman mereka kerana empat tertuduh iaitu Atik Hussin, Manuel, Ismail dan Patulada perlu membela diri bagi pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, yang membawa hukuman mati.

Semasa merayu hukuman dikurangkan, peguam mereka Datuk N. Sivananthan berkata beberapa orang anak guamnya telah ditipu oleh pemimpin penceroboh bersenjata itu supaya pergi ke Kampung Tanduo di Lahad Datu tiga tahun lepas.

TAGS