Lain macam orang kaya di India, buat kondo sampai 27 tingkat tapi didiami lima orang sahaja

Oleh KIM SYAZIE

Mempunyai 27 tingkat, bangunan kondominium ini dimiliki oleh seorang yang terkaya di India yang merupakan orang kaya ke-33 di dunia dengan kekayaan sebanyak RM102.6 billion.

Dengan membelanjakan hampir RM4.43 billion, kediaman 27 tingkat ini dilaporkan mempunyai ketinggian 173 meter, dan merupakan rumah terbesar dan tertinggi di dunia.

Pengerusi syarikat Reliance Industries, Mukesh Ambani.bagaimanapun membina rumah tertinggi di dunia tetapi didiami hanya 5 orang sahaja?

Ini latar belakang pemilik rumahIa mula dibina pada tahun 2006 dan mengambil masa 4 tahun untuk siap.

Reka bentuk rumah ini telah dihasilkan oleh arkitek terkenal dunia Perkins + Will, yang mempunyai jumlah keluasan 37,000 meter persegi, dan reka bentuknya direka khas supaya boleh bertahan jika dilanda gempa bumi 8 skala Ritcther.

Fakta menarik mengenai rumah terbesar di dunia ini

1) Nama Antilia diinspirasikan oleh mitos Pulau Antantik, Antilia. Rumah ini mempunyai 27 tingkat, namun ketinggian sebenarnya adalah seperti ketinggian bangunan 40 tingkat.

Beberapa tingkat di dalam rumah ini direka dengan ketinggian 3 hingga 4 tingkat setiap satunya. Dihuni oleh Mukesh Ambani dan isterinya Nita Ambani serta 3 orang anak mereka.

2) Seni bina rumah ini direka berdasarkan teratai dan matahari. 6 tingkat paling atas bangunan rumah ini dikhaskan sebagai private full-floor residence

“Kami bina rumah ini tinggi melangit kerana kami mahukan cahaya matahari,”

3) Antilia mempunyai panggung wayang yang boleh memuatkan 50 orang, bumbung yang mempunyai taman, pusat servis kereta yang terletak di tingkat 7, 9 lif berkelajuan tinggi, yang mana setiap lif dikhaskan untuk tingkat dan tujuan berlainan.

4) Garajnya mampu memuatkan 168 buah kereta pada waktu yang sama.

5) Lebih daripada 600 orang pekerja sepenuh masa diperlukan untuk menjaga dan mengemas mahligai ini. Juga terdapat bilik khas untuk digunakan oleh pengawal dan bodyguard serta pembantu lain untuk berehat.

6) Paling mengejutkan, Mukesh Ambani dan keluarganya adalah vegetarian, dan tidak minum minuman beralkohol. Mereka hanya menghidangkan wain ketika cocktail hours. Makanannya semua adalah sayuran dan bebas alkohol.

7) 4 tingkat dikhaskan sebagai taman terbuka yang mempunyai atrium dan dihiasi dengan taman bunga dan rumput hijau. Ia juga mempunyai kuil yang sangat besar.

8) Ia juga mempunyai ballroom, dan 80% daripada siling ballroom ini dilitupi oleh lampu gantung kristal.

9) Juga terdapat bilik ais yang direka khas dan bersalji, di mana penghuni dan tetamu boleh menyejukkan badan daripada cuaca panas di Mumbai, dan juga health spa, salon, beberapa buah kolam renang, bilik menari dan yoga, dan juga bilik ais krim.

10. Mahligai ini mempunyai 3 buah landasan helikopter di atas bumbungnya.

Menarik bukan? Tapi sayangnya cuma lima orang sahaja yang duduk di kondo mewah ini.

Baca juga: “Tunang anggap wanita hanya hamba lelaki, lepas putus mak dia tuduh aku yang menjalang”