Lajim Ukim kekal Ketua Pembangkang

Lajim Ukim kekal Ketua Pembangkang

Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali memutuskan Datuk Seri Lajim Ukin kekal sebagai Ketua Pembangkang sehingga hujung penggal Dun.

Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali memutuskan Datuk Seri Lajim Ukin kekal sebagai Ketua Pembangkang sehingga hujung penggal Dun.

Syed Abas berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau meneliti bantahan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang mengenai jawatan tersebut.

“Selepas menerima pelbagai bantahan mengenai jawatan ketua pembangkang, saya telah meneliti dan memutuskan jawatan itu kekal disandang ketua pembangkang sedia ada (Lajim) sehingga hujung penggal Dun,” katanya sebelum memulakan Sidang Dun hari ini.

Bekas pengerusi perhubungan PKR Sabah itu kini menerajui Parti Harapan Rakyat Sabah setelah dilulskan Pendaftar Pertubuhan Sosial pada 23 September tahun lalu.

Lajim awal Oktober mengumumkan keputusannya keluar dari PKR bersama dua Adun lain bagi memimpin sebuah pergerakan baru berasaskan Sabah.

Mereka ialah Adun  Moyog  (PKR) Terrence Siambun dan Junz Wong (DAP) Adun Likas.

Siambun dan Junz Wong menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal.

Sabah mempunyai dua parti baharu iaitu Warisan dan Harapan Rakyat yang akan menjadi pilihan pengundi di negeri itu dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

Terdahulu, Syed Abas mewakili ahli dewan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham Adun Tungku, Datuk Mohd Suhaili Said.

Katanya, pemergian allahyarham merupakan suatu kehilangan buat negeri ini kerana terkenal sebagai tokoh agama.

Allahyarham Mohd. Suhaili yang merupakan Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Datin Dayang Sofia Datu Jamiuddin serta anak-anak di Hospital Gleneagles di Ampang pada 24 Mac lalu.

Semua Ahli Dewan bertafakur selama seminit atas pemergian sebelum bermulanya sidang dewan undangan negeri hari ini.

TAGS