Malaysia Dateline

Laju betul netizen boikot, nasi beriani RM20 dah tiada pelanggan singgah?

Laju betul netizen boikot, nasi beriani RM20 dah tiada pelanggan singgah? Susulan tular sebuah gerai yang menjual nasi beriani dengan harga dikatakan terlalu mahal sehingga menjadi bualan orang ramai, dikatakan kedai itu kini makin sepi dari pelanggan. Betul ke?

Difahamkan lokasi gerai tersebut terletak di bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail. Seorang pengguna TikTok pada semalam memberitahu bahawa dia membeli nasi beriani gam daging berharga RM20, tetapi terkejut dengan lauk yang diberikan.

Katanya, lauk yang diberi tidak setanding dengan harga yang dibayar di mana hanya dapat seketul daging dan telur rebus yang tidak dikopek. Bahkan, tiada sayur diberikan.

Setelah menerima pelbagai kecaman dan kritikan, seorang pengguna media sosial iaitu @lokim_hyder telah memuatnaik suasana terkini gerai tersebut yang dlihat amat sepi dan tiada pelanggan singgah.

Netizen simpati

Meninjau ke ruangan komen, pengguna yang memuatnaik video berkenaan berkata, dia rakam kerana bersimpati gerai tersebut tidak ada pelanggan.

“Saya tak ada niat jahat cuma rasa kesian bila tengok nasi masih banyak,” katanya.

Bukan tak laku tapi nasi dah habis

Baca juga: https://malaysiadateline.com/buat-apa-tangguh-batal-je-terus-netizen-masih-tak-setuju-kerajaan-tangguh-cop-sirim-pelitup-muka/

Baca juga: https://themalaysialife.com/dulu-wanita-sanggup-terima-selipar-jepun-sebagai-mas-kahwin-sekarang-kantoi-curang/