Malaysia Dateline

Laju melulu, main telefon, tak pakai tali pinggang keledar – Pemandu wanita ini teruk kena kecam

Satu rakaman kamera perakam video (dashcam) tular memperlihatkan seorang pemandu wanita melanggar kenderaan di hadapannya gara-gara dipercayai leka menggunakan telefon semasa memandu laju di lorong kanan.

“Masa sebelum nak langgar (kereta depan) tu, dia tengok di bawah saja.

“Kalau tak main telefon, tangan tu pegang pada stereng dan brek mengejut.

“Tengok banyak kali video ni, dia memang seperti pegang telefon, bila terlanggar kereta depan, mungkin telefon dia terjatuh,” demikian antara komentar dan sindiran orang ramai.

Tambah memburukkan keadaan, netizen menyedari bahawa pemandu berkenaan dilihat tidak memakai tali pinggang keledar.

“Dia ni kena beli kereta yang ada full auto brake dan auto selt belt,” sindir seorang warganet.

Dalam masa sama, ada juga yang menceritakan pengalaman berdepan dengan pemandu yang ‘main telefon’ semasa memandu di jalan raya.

“Saya pernah nak kena langgar dengan pemandu wanita yang sedang main telefon. Nasib baik saya sedar dan dapat mengelak dari dilanggar,” kata pemandu dikenali sebagai Mat Yie.

Baca juga Kapal bocor di lautan bergelora: Ada bertungkus lumus, ada yang tidak endah apa yang berlaku

Baca juga Anwar berhenti tidak sampai sehari bekerja, Najib dan Mahathir kemudiannya ceburi O&G