“Laki aku ni jenis mudah kesian dengan orang, dah tersangkut pula dengan janda…”

Oleh MAISARAH AISYA

Sebagai pasangan yang dah berkahwin, jangan mudah kesian dengan orang luar, nanti merana keluarga sendiri.

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan sikap suami yang mudah kasihan dan kini bermain cinta pula dengan individu tersebut.

Semua ni bermula semasa pkp hari tu. Disebabkan bosan, suami saya masuk satu kumpulan ini dan berkenalan dengan sorang janda dari seberang.

Cantik. Mula-mula saya macam ok ja. Kawan saja kan. Tak nak ada perasaan sangsi dan sebenarnya malas tanya dalam keadaan tak boleh keluar rumah.

Boleh bawa gaduh tapi lama kelamaan pandai pula WhatsApp waktu Subuh siap video call. Mula saya marah tapi suami cakap mereka sekadar berkawan saja.

Akhirnya saya terpaksa buka telefon suami untuk ketahui hal sebenar. Oh ya lepas kenal dengan jandani, terus letak password, susah payah saya cari nombor password dia.

Nah di sanalah terbongkar kisah mereka, mesej separuh lucah. Setiap hari cakap i love u. i love u too.

Pergi mandi pun saling suruh-menyuruh, menggeletar badan saya membaca mesej mereka.

Saya soal suami tapi masih macam biasa. Kawan saja. Sampai pecah telefon suami saya buat. Perasaan saya masa tu Tuhan saja yang tahu.

Lepas tu saya cuba hubungi perempuan tu dan merayu dengan dia supaya tak hubungi suami saya lagi.

Saya bagi tahu dia asalkan kamu tak hubungi suami saya lagi maka suami tak akan cari kamu.

Dia janji tak akan hubungi tapi tiga hari kemudian macam biasa mesej dan video call suami saya balik.

Suami pula jenis hati tisu. Dengan mudah dia termakan pujuk rayu sebab janda tu mengadu sesuatu pasal belanja anak dia.

Terus suami saya kesian dan minta no akaun untuk transfer duit, nasib saya cepat tangkap maka tak jadi transfer duit.

Lepas kantoi mereka tetap berhubung, dah habis ayat marah tapi semuanya tak jalan sampai saya persoal kenapa nak suami saya.

Alasan sebab dah tersayang dan tak dapat lepaskan, siap cakap kasih sayang boleh dikongsi lagi.

Padahal saya ini buat semua kerja rumah, jaga penampilan, cakap pun lemah lembut tapi tetap juga suami cari lain.

Baca juga: “Isteri aku selalu mengadu penat jaga 5 anak, aku sampai terlanjur dengan perempuan lain sebab bosan..”