Malaysia Dateline

Lakonan dalam hidup seorang ahli politik

Tindakan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun berlakon menjadi penghantar makanan, Food Panda tidak menyenangkan orang ramai dan menjadi tajuk kecaman 14 Mei 2021

Ada pepatah lama yang berbunyi ‘politik adalah teater bagi orang-orang jelek’ (politics is theatre for ugly people).

Kita boleh berpandangan atau berbeza pendapat, tapi yang jelas adalah ‘ahli politik yang berjaya adalah ‘pelakon’ yang hebat, benarkah?.

Sekurang-kurangnya ianya adalah dibolehkan dalam amalan demokrasi.

Walaupun tidak begitu sinis seperti persoalannya (yakni ‘mengunapakai skrip tindakan yang ditulis untuk rakyat’), ia hampir sama dengan tautologi (pemakaian kata-kata) yang selain dari perkara utama yang dikendalikan dengan baik.

Sseorang ahli politik harus menunjukkan sokongan mereka untuk tujuan yang mereka atau yang mereka sebenarnya sendiri tidak percaya. Dan mereka harus melakukannya dengan meyakinkan.

Mereka perlu bersemangat untuk menamakan semula bahagian jalan raya , atau kelihatan seperti mereka benar-benar peduli sama ada jambatan bengkok akan menjadi mercutanda ataupun seperti menjadi ‘penghantar makanan’.

Donald Trump pernah berpura-pura bahawa dia mahu melihat Hillary Clinton dalam keadaan sihat, dan Hillary dan pegawainya bertindak terkejut dan tersinggung bahawa ada katak hijau dalam tweet anak lelaki Trump.

Apabila mereka berhenti berlakon atau lebih buruk lagi, berhenti berlakon dengan cara yang boleh dipercayai atau meyakinkan , pasti ada ramai yang akan mengecam.

Kita tentu tak berani kalau mengatakan ‘ahli politik’ juga merupakan pelakon atau aktor.

Mungkin ada dan ada yang tidak pun merupakan pelakon.

Lakonan dan berlakon adalah kemahiran seni.

Salah seorang Presiden Amerika, Ronald Reagan adalah seorang pelakon.

Jadi, dia sebenarnya bangun setiap pagi dan memainkan peranan seperti dalam lakonan.

Dia pandai memainkan peranan, tetapi dia lemah di bahagian memberi jawapan.

Dia tidak terlalu pintar. Dia boleh berlakon pintar, tetapi kemudian kita juga mengetahui bukti bahawa dia juga sakit atau tidak sihat.

Kita mempunyai ramai yang bermasalah untuk berkomunikasi dalam menjayakan dan mencalonkan diri.

Sekiranya ada satu perkara yang dapat dilakukan oleh pelakon, ialah kebolehan dan kemahiran berkomunikasi.

Kita ambil contoh di Amerika Syarikat lagi. seorang lagi bekas Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter.

Beliau adalah seorang yang sangat cerdas dan pemalu.

Dia bukan pelakon, tetapi dia membawa kerja keras dan perubahan dasar yang sukar ke jawatan presiden.

Berkomunikasi adalah masalah terbesarnya.

Terdapat pelbagai jenis ahli politik, dan sangat sedikit pelakon.

Jadinya, mereka harus bersikap sopan terhadap semua konstituen, tidak kira berapa banyak perbezaannya dengan seseorang itu.

————————-

Azizi Ahmad adalah pembaca yang pernah cuba belajar berlakon.