Lakonkan watak tomboi, Shaza Bae terkejut terima ‘DM’ daripada wanita bertudung

Oleh MAISARAH AISYA

Melakonkan babak di dalam drama mahupun filem bukanlah satu perkara yang senang disebabkan itu pelakon mengambil masa untuk memahami satu watak.

Apabila pelakon menghayati watak maka orang ramai akan melihat ia sebagai karakter pelakon tersebut di luar.

Jika terlalu jahat wataknya maka pelakon boleh dibenci tanpa sebab di luar drama begitu juga sebaliknya jika mereka memegang watak alim.

Menurut Kosmo! Online pelakon ‘Aku Bukan Ustazah’ yang membawakan watak tomboi, Shaza Bae akui dihujani mesej daripada peminat wanita.

Malah ada yang turut memuji dirinya terlalu kacak untuk seorang perempuan dan cair melihat wataknya sebagai Sam.

“Ada yang hantar DM (direct messege) beritahu saya terlalu kacak untuk jadi wanita. Kebanyakan yang hantar mesej ini adalah wanita bertudung.

“Tak kurang juga ada yang cakap ‘cair’ melihat watak Sam,” katanya seperti dipetik HibGlam.

Lihat sudut positif

Walaupun menganggap DM tersebut sekadar pujian, namun pelakon berusia 29 tahun itu menegaskan dirinya bukan peminat kaum sejenis.

“Jika sempat saya akan balas dah beritahu itu hanyalah watak. Harap mereka tidak kecewa apabila berjumpa saya secara bersemuka kerana saya adalah orang yang berbeza daripada watak Sam.

“Adakalanya saya hanya bagi tanda suka sahaja kerana tak mahu buat mereka terdorong ke arah perkara tidak elok (hubungan kaum sejenis),” ujarnya.

Baca juga: Minta media berhenti guna tajuk ‘clickbait’, Bella Astillah mengaku dah lama ‘move on’