Laksana konsultansi, pandangan ketua cabang, sebelum lantik Pengerusi MPN, kata Mansor

Laksana konsultansi, pandangan ketua cabang, sebelum lantik Pengerusi MPN, kata Mansor

Beberapa proses dan prosedur harus dilaksanakan sebelum pelantikan  Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN)  dibuat,kata Datuk Mansor Othman.

Pengerusi MPN Pulau Pinang itu berkata, sama ada beliau akan dikekalkan jawatan atau tidak ia terserah kepada budi bicara Presiden baharu PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Beberapa konsultansi perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum pelantikan tersebut dapat dilakukan.

“Pandangan ketua-ketua cabang yang telah diberi mandat sebagai ketua cabang juga harus diberi perkiraan.

“Setelah proses tersebut selesai dilakukan, maka tindakan seterusnya ialah perbincangan diperingkat Biro Politik Pusat, ” ujarnya ketika ditemui semasa hadir pada majlis perasmian Konvensyen AMANAH Negeri Pulau Pinang kelmarin.

Mansor yang juga merupakan Ketua Cabang Nibong Tebal jUga berkata, kelazimannya Presiden akan turun ke negeri-negeri.

Manakala itu tegasnya, beberapa perbincangan akan diadakan bersama-sama dengan ketua-ketua cabang yang terpilih.

Sejajar dengan itu tambahnya, ia menyerahkan kedudukannya sebagai Pengerusi MPN kepada konsensus yang dicapai.

Loading...

Adalah difahamkan kerusi Pengerusi MPN Pulau Pinang kini sedang diintai oleh beberapa ketua-ketua cabang setelah selesainya pemilihan kesemua 13 cabang Pulau Pinang.

Samada Mansor akan dikekalkan sebagai Pengerusi MPN Pulau Pinang atau sebaliknya masih lagi menjadi tanda tanya setelah ketua-ketua cabang yang baru juga mewarnai kedudukan dalam pimpinan negeri kali ini.