Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Laksana projek rintis KAFA lima kali seminggu

Laksana projek rintis KAFA lima kali seminggu

Oleh BERNAMAJanuary 5, 2020 12:38 pm




Kerajaan akan melaksanakan projek rintis pembelajaran Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) selama lima hari seminggu, berbanding tiga hari sahaja sekarang, pada tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata projek rintis itu akan melibatkan tujuh sekolah kebangsaan setiap negeri dengan tempoh pelaksanaan selama setahun.

Beliau berkata projek itu bukan hanya membantu meningkatkan pemahaman murid, namun dalam masa sama juga membantu guru KAFA mendapat kontrak jawatan tetap, jika kelas itu dapat dilaksanakan setiap hari persekolahan pada masa akan datang.

“Kebajikan guru KAFA perlu dilihat kerana jika kelas ini hanya tiga hari seminggu, mereka tidak boleh diberi kontrak jawatan tetap kerana dasar penjawat awam menetapkan tempoh bekerja selama lima hari seminggu.

“Jika kita dapat menyerap jawatan guru KAFA sebagai tetap, ia membolehkan guru KAFA dilihat sebagai satu kerjaya selain boleh diberikan gred,” katanya kepada pemberita selepas mengedarkan Kalendar 2020 di Pasar Tani Perkarangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) hari ini.

Fuziah berkata kebajikan guru KAFA menjadi keutamaan kerajaan dan sebagai permulaan, mereka mendapat kenaikan elaun sebanyak RM100 menjadikan jumlah baharu RM1,000 sebulan selain memperoleh perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mulai tahun lepas.

Beliau berkata projek rintis itu juga akan mengambil modul sekolah agama di Johor sebagai modul contoh kerana mahu KAFA menjadi ‘pelengkap’ kepada sekolah kebangsaan selain melahirkan modal insan yang baik.

“Kokurikulum baharu ini bukan hanya menekankan mengaji atau fardu ain semata-mata tetapi juga pembentukan nilai sebagai Muslim kerana solat seharusnya membantu mendisiplinkan diri selain diterjemahkan dalam nilai murni lain,” katanya.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Awas Covid-19: Lagi 3,339 dijangkiti, 240 kes ICU, 10 kluster baharu

Boleh pula menteri rentas negeri, berkumpul makan tidak amal jarak

Ugut tembak, pecah pasu bunga masjid, bapa Bob Lokman didenda RM4,000

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production