Laksanakan Islam rahmatan lil alamin, arah Presiden AMANAH

Laksanakan Islam rahmatan lil alamin, arah Presiden AMANAH
"Sekarang ini kita memerintah. Ertinya kita perlu laksanakan apa yang dahulunya kita perkatakan," kata Mohamad.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mengarahkan semua peringkat partinya agar melaksanakan segala apa yang diperkatakan ketika menjadi pembangkang dahulu.

“Sekarang ini kita memerintah. Ertinya kita perlu laksanakan apa yang dahulunya kita perkatakan. Adakah kita akan mengotakan Islam sebagai rahmatan lil alamin?.. Ya,” kata Mohamad hari ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen AMANAH Selangor di Dewan Serbaguna MPSJ, Subang Jaya, Selangor pagi ini.

Turut berkonvensyen hari ini adalah AMANAH Wilayah Persekutuan. AMANAH negeri-negeri berkonvensyen menjelang Konvensyen AMANAH Nasional Disember ini.

AMANAH akan membuat pemilihan kepimpinannya dalam konvensyen tahun depan sejajar dengan keperluan perlembagaannya.