Lali dikecam, Ira Kazar terkilan lihat bapa jadi mangsa netizen

Oleh MAISARAH AISYA

Bila seseorang melakukan kesalahan, janganlah terlalu cepat menunding kepada ibu bapa, pastinya mereka sudah cuba sehabis baik untuk menegur.

Nama naik selepas menjadi punca penceraian antara pengarah Syamsul Yusof dan pelakon Puteri Sarah Liyana, Ira Kazar akui sudah lali dengan cacian dilemparkan.

Bagaimanapun selepas setahun lebih mendirikan rumah tangga, Syamsul dikatakan menceraikan Ira Kazar baru-baru ini.

Meskipun dirinya sudah lali dengan cacian, dia mengakui rasa sayu apabila melihat bapanya dihina dek kerana kesalahannya lapor Kosmo! Online.

“Saya tak kisah orang nak cakap apa fasal saya tapi bila orang kutuk ayah, memang saya sangat terkesan. Sedih tapi alhamdulillah ayah pun sekarang dah okey.

“Hakikatnya, saya dah biasa kena kecam. Saya tak kisah. Sebenarnya kecaman perkara biasa sebab netizen hanya baca apa yang ada dalam media sosial.

“Terpulanglah apa orang nak cakap sebab mereka tak tahu perkara sebenar,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Pada masa sama dia menganggap kecaman itu benda biasa kerana tak semua orang tahu kejadian sebenar.

“Bagi saya, sebenarnya kecaman itu perkara biasa sebab netizen hanya baca apa yang ada di media sosial.

“Terpulanglah apa orang nak cakap sebab mereka tak tahu perkara sebenar,” tambahnya.

Dalam pada itu, Ira akan melancarkan single berjudul ‘Tak Kisah’ yang juga simbolik pendiriannya untuk tidak lagi ambil peduli sebarang kontroversi.

“Saya akan keluarkan lagu berjudul ‘Tak Kisah’, manakala proses penggambaran muzik video dijangka dapat dijalankan bulan depan.

“Tak Kisah lebih kepada isi hati mengenai cerita sensasi yang ingin saya abaikan atau lebih kurang lantaklah dengan apa orang nak cakap,” ujarnya.

Baca juga: Datin Alyah perasan perangai Tok Ram banyak berubah selepas ada Izzara

Tags: bapadikecamIraKazarkenakutuklalisedih

TERKINI
Amorim punca bilik persalinan Sporting bergolak 1 November 2024, 9:30 am
Subsidi RON95 ikut jenis kereta bukan taraf hidup 1 November 2024, 9:10 am
Move on sajalah! 1 November 2024, 9:00 am
Sudah ada kelab minat ikat Ten Hag 1 November 2024, 9:00 am
Buktikan status OKU tidak halang jadi usahawan 1 November 2024, 8:50 am

Penunggang maut motosikal rempuh Pajero keluar simpang
Kes pertama libatkan varian mpox baharu di Britain
30 insiden sasar misi pengaman PBB di Lubnan
Lelaki hilang selepas terjun jambatan kerana bergaduh dengan isteri
Tiada liga B-15, B-16 punca pemain negara lemau?

Mengingati Salleh Ben Joned dan legasi Jebatnya
Gen Z sudah dewasa dan mula mendominasi dunia pekerjaan
Sakit pasti datang, derita yang perlu dikekang
Kanser payudara pembunuh wanita Asia
Maria Montessori, perintis pendidikan awal kanak-kanak
BERITA BERKAITAN

‘Sepatutnya Aiman bergelar suami Januari depan’
29 Oktober 2024, 6:17 pm

Bapa MK meninggal dunia
27 Oktober 2024, 2:02 pm

Budak bawa skuter, bapa bonceng
26 Oktober 2024, 5:00 pm

‘Anak orang kalah main bola, dia yang sedih’
26 Oktober 2024, 12:32 pm

Anak pura-pura diculik, minta wang tebusan daripada bapa
23 Oktober 2024, 8:30 pm

‘Apabila gen Z jadi ibu bapa’
22 Oktober 2024, 6:30 pm

[VIDEO] ‘Kalau bapa aku sudah lama dia masukkan dalam kubur sebelah’
18 Oktober 2024, 4:04 pm