Laluan LRT Kelana Jaya rupanya dibina bawah kubur, ini kejadian mistik yang pernah berlaku

Oleh WAN SITI AMINAH

Menjadi tumpuan pengguna Transit Aliran Ringan (LRT), laluan menuju ke Kelana Jaya adalah antara laluan yang paling sibuk di Lembah Klang.

Namun tahukah anda, terowong laluan LRT ini sebenarnya dibina di bawah tapak Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Terletak lebih 40 meter di bawah tanah kubur, terowong laluan LRT ini rupa-rupanya menyimpan sejuta rahsia mistik yang masih belum terungkai.

Mengejutkan, perkara itu didedahkan oleh seorang pengguna media sosial menerusi satu hantaran video di akaun TikTok miliknya, @radinfikri.

Berkongsi video animasi grafik, rakaman berdurasi 22 saat itu memaparkan dengan jelas lokasi sebenar terowong laluan LRT berkenaan.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata penonton mengakui pernah melalui pengalaman mistik ketika menggunakan laluan itu.

Berikut kami kongsikan beberapa kejadian mistik di terowong LRT laluan Kelana Jaya yang pernah tular perbualan hangat di kalangan netizen Malaysia.

1. Kelibat lelaki berjubah putih

Seorang wartawan tempatan mengaku pernah ternampak kelibat lelaki berjubah putih ketika melawat terowong bawah tanah di laluan LRT berkenaan.

Malah, wartawan tersebut sempat merakam imej misteri tersebut secara tidak sengaja yang memaparkan kelibat seorang lelaki sedang berdiri.

Kakitangan yang bertugas juga mengakui pernah menerima beberapa ganguan mistik selain penampakan lelaki tua berkenaan,

“Dulu ada gangguan seperti terdengar suara orang bercakap dan macam-macam lagi. Sebab itu kita selalu pesan kepada staf jangan celupar dan jaga adab. 

“Malah, jika ternampak apa-apa mencurigakan jangan sesekali tegur, sebaliknya buat saja kerja seperti biasa,” katanya memetik Berita Harian.

2. Penampakan pocong di dalam LRT

Seorang pengguna media sosial tidak pernah melupakan satu kejadian misteri yang pernah dialaminya ketika menaiki LRT pada tahun 2003 lalu.

Menaiki kenderaan awam tersebut pada pukul 11.30 malam, anak wanita yang dikenali sebagai Blanka itu ternampak satu kelibat pocong.

Kanak-kanak yang bernama Mizi itu hanya bercerita akan penampakan tersebut setelah turun dari hentian laluan Kelana Jaya itu.

“Ma, kenapa dalam train tadi Mizi nampak semua orang pakai jubah putih ikat dekat pinggang dan kaki. Lepas itu dia pakai tudung, ikat ke atas,” katanya.

Apabila mengerti bahawa kelibat yang dilihat Mizi itu sebenarnya pocong, Blanka segera bergegas mengajak anaknya pulang ke rumah.

Baca juga: Kanak-kanak 3 tahun maut dirempuh ketika main skuter di kawasan kediaman