Malaysia Dateline

Laman FB rasmi KKM undang kecaman netizen

Laman Facebook (FB) rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) malam tadi telah mengudang kecaman dalam kalangan netizen dan pengikutnya.

Laman FB KKM yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh segenap rakyat negara ini setiap masa kerana pelbagai info terkini akan dikongsi terutama berkenaan wabak COVID-19 yang sedang melanda negara.

Malangnya pada malam ini satu status yang dilihat seperti berbaur politik tiba-tiba terpampang di FB KKM telah mengundang kemarahan netizen.

Seorang pengguna Facebook Khairul Azri yang sempat berkongsi status itu menyifatkan laman rasmi KKM itu dijadikan propaganda politik.

“Apa benda lah page rasmi KKM, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA buat gila ni??

“Kau orang marah bila kitaorang bahan menteri-menteri PN, tapi kau tengok lah dia punya perangai.

“Page rasmi Kementerian dah dibuat jadi page propaganda politik,” tulis beliau.

Beliau menegur menteri kerana laman KKM menjadi perkara pertama untuk rakyat melihat dan menunggu pengumuman rasmi penting ketika sama-sama mengekang wabak COVID-19.

“Hello team YB Menteri, page KKM ni, rakyat ‘see first’ sebab tengah tunggu nak baca pengumuman rasmi penting di kala kegentingan Covid19 lah, bukan nak baca propaganda politik ‘jilat’ menteri.

“Dahlah buat propaganda level murahan, combo pula dengan penggunaan perkataan macam mesej whatsapp berantai.

“Come on lah menteri, nasihat sikit team media kamu tu, dah lah orang nampak kamu macam tak perform, ni buat pula ‘blunder’ macam ni.

“Good luck lah den ucapkan,” katanya.

Sementara itu, Facebook Tentera Troll Kebangsaan Malaysia turut meminta menteri memecat admin FB KKM yang memalukan kerana menjatuhkan martabat FB rasmi KKM.

“Kamu ingay FB rasmi KKM ni page propaganda naikkan menteri ke? BAHALOL!

“Kalau kau nak jilat menteri, jangan sekali-kali gunakan laman FB kerajaan.

“Kau buat je lah kat laman Friends Of Adham Baba tu cukuplah!

“Jijik.

“Memalukan.

“Tidak boleh diterima langsung!
BEBAL!!!!!!!!!!!!!

“Ya tuhan, sudahlah ayat pun macam karangan budak-budak wechat perosak bahasa kebangsaan!

“HANCURRRRRRRRRRRR!” tulisnya sambil berkongsi tangkap layar FB KKM.

Hasil daripada keprihatinan netizen berhubung status KKM ini mendapati status itu bertahan beberapa minit dan kemudian telah dipadam.