Malaysia Dateline

Doktor itu ucapkan selamat maju jaya hingga kerajaan yang bobrok dan rosak ini tumbang

Lambakan doktor: Kerajaan perlu kaji penganjuran program perubatan di universiti, kolej universiti

Kerajaan perlu mengkaji secara menyeluruh dan komprehensif mengenai pengiktirafan bagi Institut Pengajian Awam dan Swasta serta Kolej Universiti awam dan swasta dalam dan luar negara yang menganjurkan Program Fakulti Perubatan.

Demikian dinyatakan oleh Dr Zaidi Zakaria, seorang Dr Pakar Kanak-Kanak di hospital swasta di sini semalam.

Jelas beliau, tindakan ini amat penting bagi mengelakkan lambakan doktor.

“Kita perlukan kuantiti, namun begitu apa yang lebih diutamakan ialah kualiti yang sebenarnya.

Dr Zaidi Zakaria

“Setakat ini, 33 IPTA dan IPTS dalam negara menghasilkan lambakan doktor setiap tahun. Ia dilihat tidak wajar dan tidak setimpal dengan jawatan atau tempat yang ada di seluruh hospital kerajaan, ” tegasnya lagi.

Malah kata Dr Zaidi lagi, ia belum lagi mengambil kira hampir 2000 graduan luar negara.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertanggungjawab menyediakan latihan doktor pelatih atau HO dan latihan lanjutan serta perkhidmatan doktor perubatan atau MO selama 2 tahun dan juga 3 tahun (5 tahun secara total).

“Tempoh 5 tahun tersebut dilihat tempoh yang paling minima bagi MO berdikari dan kemudiannya dalam bidang peruibatan moden.

“Manakala diakhir tahun ketiga, MO pula akan ditawarkan dan diserapkan sebagai MO tetap dan disahkan dalam perkhidmatan awam sekiranya memenuhi kriteria, ” katanya.

Menurutnya lagi, jawatan MO tetap amat terhad dan untuk mendapatkannya bukan sesuatu yang mudah atau pun automatik, sebaliknya harus cemerlang.

Sejajar dengan itu kata beliau, kewajaran lambakan doktor harus diberi perhatian yang serius oleh pihak kerajaan.

Sehubungan itu sarannya , mungkin wajar dihadkan hanya kepada 1000 graduan dalam dan luar negara sahaja.

Tambahnya, terdapat kewajaran sekiranya tidak dibenarkan maupun diiktiraf IPTS yang menawarkan pengajian Fakulti Perubatan

Beliau yang juga merupakan Ketua AMANAH kawasan Permatang Pauh turut berkata, kos pengajian yang amat tinggi dalam lingkungan antara RM300 ribu hingga RM500 ribu yang dikenakan oleh IPTS sebenarnya boleh menekan Kementerian Kesihatan sekiranya mereka tidak diserap sebagai Doktor Perubatan.

Justeru itu katanya, perkara ini tidak harus dipandang ringan dan sepatutnya diberi perhatian serius bagi memastikan lambakan doktor tidak menjadi suatu masalah yang akan membebankan kerajaan pada masa hadapan.