Lambang ‘Salib’ gugat narasi besar Islam?

Lambang ‘Salib’ gugat narasi besar Islam?

Baru-baru ini riuh di media sosial mengenai kewujudan lambang salib gergasi di tengah-tengah Bandar Jelutong, Pulau Pinang yang didakwa dipamerkan pada sebuah bangunan baru di kawasan berkenaan.

Perkara itu menjadi perbualan dan perbincangan hangat dalam kalamgan warga internet. Walau bagaimana pun lambang salib berkenaan bukan berbentuk fizikal, ia dalam bentuk pancaran cahaya dan lebih jelas kelihatan dari jauh pada waktu malam, kerana dipasang di bangunan tinggi.

Dalam satu lagi perkembangan sekitar November tahun lepas (2018) berlaku kegiatan mengedar kitab Bible kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam.

Walaupun perkara ini telah selesai dan tidak perlu dibincangkan lagi dan walaupun ia merupakan lambang simbol dialek Hokkein yang bermaksud tuah atau untung namun dua perkara yang dianggap kecil itu harus ditanggapi sebagai perlambangan yang menggugat narasi besar Islam di negara ini.

Kita turut menyokong kerajaan Pakatan Harapan yang menumbangkan BN dalam pilihan raya ke-14 baru-baru ini sedang berusaha menghapuskan amalan dan budaya rasuah, kronisme dan nepotisme di negara ini.

Tetapi terdapat juga pihak-pihak lain yang dirasa memikirkan bahawa dengan kemenangan PH mereka juga bebas untuk menyiarkan syiar agama mereka kepada umat Islamdi negara ini

Dengan kekalahan Umno-Pas mereka berpandangan bahawa kerajaan PH akan bersikap tolak ansur dalam isu-isu agama dan kaum terutamanya berkaitan dengan Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Ia mengesahkan kedudukan Islam dalam undang-undang tertinggi negara dan seterusnya mengisytiharkan tentang kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. Perisytiharan itu juga adalah sebagai penegasan tentang kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

Apabila Islam diletakkan dalam kedudukan yang tinggi dalam Perlembagaan, Islam bukan sekadar menjadi agama untuk upacara keraian atau acara rasmi sahaja bahkan Islam adalah agama negara yang hendaklah diambil berat keberadaannya dalam membentuk polisi pentadbiran dan hala tuju negara.

Selain itu, katanya, peruntukan itu juga memberi implikasi bahawa tiada pemisahan antara negara dan agama. Implikasi itu sekali gus turut mengikis atau menafikan sifat sekular yang dilabelkan kepada Tanah Melayu.

Haruslah difahami bahawa peruntukan itu meneruskan kelangsungan Islam sebagai agama bagi Persekutuan yang sebelum ini telah diletakkan dalam kedudukan cukup istimewa di Tanah Melayu. Itu juga menjadi petunjuk bahawa sejak dahulu lagi Tanah Melayu tidak pernah digelar dengan negara sekular.

Namun adalah tidak menafikan terdapat beberapa cabaran berhubung peruntukan Islam adalah agama bagi Persekutuan terutama jika menyentuh mengenai tafsiran Perlembagaan oleh pihak mahkamah dengan kata lain oleh para hakim.

Hakikatnya Islam di negara ini adalah narasi besar yang merangkai segala asek kehidupan di dalam sebuah urutan-urutuan ritual, ibadah dan praktik keagamaan yang dilakukan secara tetap dan beraturan bagi mengembang dan mengekalkan syiar agama di negara ini.

Narasi kehidupan itu adalah kegiatan manusia dalam merangkai konsep, memahami kehidupan dan memaknai realiti.

Narasi adalah cara baagaimana dunia diwajah, dipersembahkan dan direpresentasikan ke dalam berbagai konsep, idea, gagasan dan cerita.

Islam sebagai agama rasmi harus dipandang sebagai narasi besar di negara ini. Sejak awal abad ke 14 dan 15 Masehi, ia telah membangun sebuah kisah besar dunia nusantara dan alam Melayu.

Islam adalah narasi besar di negara ini disebutkan Derrida, seorang pemikir pasca moden dari Peranchis sebagai episteme iaitu merangkumi ucapan dan logos (wahyu, rasio, fikian dan manusia) dalam wacana pemikiran, bahasa dan kebudayaan moden.

Oleh itu dengan penonjolan perlambangan dan tindakan pemberian kitab bible, adakah bertujuan untuk membataskan narasi besar Islam dengan segala universaliti rahmatul alamin, dan rasionaliti bagi menghargai narasi-narasi kecil.

Apa yang kelihatan walaupun lambang Hokkien, ia menuju kepada aturan-aturan lokal yang unik dalam rangka untuk supaya menghargai perbezaan dan tolenrasi dan inilah sebab kenapa ia bermula di Pulau Pinang sebagai pusat narasi-narasi kecil.

Sejak kemenangan PH mereka mahupun pihak yag berkaitan dengan agama atau kebudayaan dan kegiatan sivil akan berusaha untuk menolak bentuk ketunggalan, sentralisasi dan pemusatan demi merayakan dialog, garis hubungan dan saling hubungan.

Oleh itu ada pihak juga merasakan masa untuk menolak prinip sentralisme boleh dilakukan melalui dialog, perbincangan, rundingan, keterbukaan supaya pegangan pemusatan itu akan cair dan ditolak-ansurkan.

Penulis adalah Pensyarah adalah pensyarah di Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran di Universiti Selangor (Unisel).