Lan Solo, Syura dikecam tak sensitif, ‘post’ video bergelak ketawa selepas terlepas saman RM2.5 juta

Oleh KIM SYAZIE

Kes saman fitnah yang difailkan Siti Nordiana terhadap lima rakannya termasuk Lan Solo selesai selepas masing-masing bersetuju untuk bermaafan, dengan penyanyi itu menarik semula saman berjumlah RM2.5 juta.

Namun begitu selepas kes mereka selesai, Lan Solo telah memuat naik video bergelak ketawa bersama Syura dan isterinya. 

Ia membuatkan netizen marah dengan lagak mereka yang dianggap toksik.

Dalam video itu, Lan Solo membuat lawak kerana mahu menyambut ulang tahun perkahwinan bersama isteri, tetapi diganggu Syura.

Isteri kepada Lan Solo yang ada pada ketika itu hanya bergelak ketawa sambil berkata dia akan selalu ‘menghantui’ hidup suaminya. 

Perbualan mereka disambut dengan tawa beramai-ramai sehingga netizen menganggap tidak sensitif dan tidak kena masa.

Ianya dianggap tidak kena masa dan tempat. Adalah lebih baik dia memuat naik konten menzahirkan rasa bersyukur kerana tidak disaman.

Mereka juga mengharapkan konten lebih baik daripada Lan Solo setelah permohonan maaf mereka diterima Siti Nordiana.

“Macam mengejek pula…”

Di ruangan komen pada hantaran itu, rata-rata netizen menyampah dengan reaksi mereka bertiga dalam video tersebut. 

Netizen menganggap mereka bertiga tidak profesional selepas tidak perlu membayar saman RM2.5 juta.

Ada juga mempersoalkan adakah 3 orang dalam video itu tidak tahu malu selepas satu Malaysia sebelum ini melihat mereka mengutuk dan membawang artis lain tetapi masih memuat naik video seperti tiada apa yang berlaku.

Namun ruangan komen Lan Solo telah ditutup berikutan kecaman yang dilempar.

Baca juga: “Nampak tangga gaji aku tinggi sampai susah dapat bantuan, tapi orang tak tahu duit habis bayar hutang suami”